Kredit foto: Instagram @maya_karin

     

Biodata

1. Pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke.

2. Kelahiran 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Bavaria, Jerman kepada pasangan Gottfried Roelcke (bapa) yang berasal dari Jerman dan Che Zan (ibu) yang berasal dari Pulau Pinang.

3. Berusia 40 tahun.

4. Berdarah campuran Jerman dan Melayu.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001 sebagai pelakon, penyanyi, pengacara, model dan jurucakap produk.

8. Sebagai pelakon kelas A, Maya dilihat selektif dalam pemilihan karya berkualiti dan tertumpu di layar perak sejak daripada zaman kegemilangannya sehinggalah kini. Antara filem popular dibintanginya seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, 1957: Hati Malaya, Magika, Cun, Ombak Rindu dan Munafik 2.

9. Pernah terbit dengan tiga buah album studio berjudul Erti Cinta, Bukan Qalamaya dan Teka-Teki.

10. Memegang status aktres tersohor tanah air, portfolio seninya diserikan dengan pelbagai pengiktifaran anugerah, antaranya Pelakon Wanita Terbaik di Pesta Filem Asia Pasifik ke-49 pada 2004, Pelakon Wanita Terbaik di Espano Terrror & Fantasy Film Festival (Spain) pada 2005, Best VJ di Buzz Editor's Choice Awards pada 2006, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25 pada 2013 dan Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2016.

11. Mendirikan rumah tangga dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali yang juga merupakan warga Britain pada 24 Julai 2008. Namun mahligai itu berakhir dengan perceraian pada Jun 2010.

      

Fakta Menarik

  • Membesar di negara Indonesia sehingga umur 17 tahun, kemudian baru mula berhijrah ke Malaysia.
  • Berkelulusan dalam jurusan bidang media dan pemasaran daripada Institut Lim Kok Wing.
  • Fasih dalam bahasa Jerman.

     

Foto

biodata dan latar belakang pelakon maya karin 2

biodata dan latar belakang pelakon maya karin 3

biodata dan latar belakang pelakon maya karin 4

biodata dan latar belakang pelakon maya karin 5

biodata dan latar belakang pelakon maya karin 6

Kredit foto: Instagram @maya_karin

      

Video

Kredit video: Youtube Era

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. The Star

3. Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)