Biodata

Nama penuh: Mohd Razizan bin Abdul Razak

Nama popular: Zizan Razak

Tarikh lahir: 15 April 1984

Umur: 34 tahun

Kelahiran: Dungun, Terengganu, Malaysia

Pekerjaan: Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi dan duta produk

Media sosial: Instagram @zizanrazak869

Fakta Menarik

1. Anak bongsu daripada dua adik-beradik. Mempunyai seorang abang.

2. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007.

4. Merupakan ahli kumpulan duo komedi 'Jozan' yang turut dianggotai Johan.

5. Selain bergelar pelawak, Zizan merupakan antara pelakon yang paling banyak membuat kemunculan di layar perak. Antara filem lakonannya seperti KL Gangster, Jalan Kembali: Bohsia 2, Mael Lambong, Hantu Kapcai, KL Zombi, KL Gangster 2, Abang Long Fadil, Cicakman 3, Polis EVO, Abang Long Fadil 2 dan Polis EVO 2.

6. Drama televisyen dibintanginya ialah Gaia dan Chapalrela.

7. Manakala antara telefilem dilakonkannya seperti Joe & Farida, Oh My English!: Oh My Ganu, Hantu Selfie, Angin Cinta, Jula Juli Bintang Cinta dan Baby Bro.

8. Selaku pengacara, Zizan pernah menghoskan program-program popular, antaranya Bolos, Jozan Show, Melodi, Zizan Show, Akademi Fantasia, Anugerah Industri Muzik ke-21, Festival Filem Malaysia ke-29 dan Jozan Live.

9. Zizan yang juga berkebolehan menyanyi tampil menerusi beberapa single bergenre pop, hip hop dan R&B seperti Selamat Tinggal, Bawaku Pergi, Infiniti Cinta, Kita OK dan Kau Takkan Tahu.

10. Beliau yang masih memegang status solo, pernah dikatakan bercinta dengan beberapa selebriti popular seperti Emma Maembong, Juliana Evans dan Mira Filzah.

Foto

biodata zizan razak pelakon filem polis evo 2 2

biodata zizan razak pelakon filem polis evo 2 3

biodata zizan razak pelakon filem polis evo 2 4

biodata zizan razak pelakon filem polis evo 2 5

biodata zizan razak pelakon filem polis evo 2 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Sinar Harian

3. Kosmo

4. Instagram Zizan Razak




Hakcipta iluminasi.com (2017)