Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

       

Abd Rahman Kassim merupakan seorang pelawak, pengacara dan pelakon yang mula mencipta nama selepas menjuarai rancangan pencarian bakat Raja Lawak musim kelima.

Beliau turut dikenali menerusi kolaborasi bersama Ali dan Mamak menerusi kumpulan Puteh.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Abd Rahman bin Kassim.
  • Menggunakan nama komersial, Man Raja Lawak.
  • Kelahiran Selayang, Selangor.
  • Berumur 43 tahun.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak dan pelakon sejak tahun 2011.
  • Bakatnya dicungkil daripada pertandingan realiti, Raja Lawak Astro musim kelima yang menobatkannya sebagai juara.
  • Turut merangkul kemenangan di Maharaja Lawak 2019 menerusi penyertaan dalam kumpulan Puteh.
  • Lain-lain pencapaiannya termasuk meraih tempat kelima di Maharaja Lawak Mega 2018 bersama Tauke Jambu dalam kumpulan Taman dan pembabitan sebagai peserta Muzikal Lawak Superstar (kumpulan Tamanz).
  • Membintangi telefilem Budak Johor, serta drama Detektif Man Boyot, Ujang Baran dan Dari Singmah Estet Ke Down Town.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @manrajalawak sehingga kini mencatatkan lebih 138,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Berasal dari Kuala Lumpur.
  • Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah berkhidmat di syarikat Pos Malaysia dan bekerja sebagai seorang kerani.
  • Bakat lain terpendam yang dimilikinya yang tidak diketahui ramai ialah kemahiran menyolek yang mana beliau mendapat tunjuk ajar daripada seorang jurusolek terkenal. Antara rutin hariannya adalah menyolek wajah isterinya sebelum keluar bekerja.

    

Foto

man raja lawak 185

instagram man raja lawak

kisah hidup man raja lawak

wikipedia man raja lawak

latar belakang man raja lawak

ali puteh 660

kumpulan puteh 413

isteri man raja lawak

keluarga man raja lawak

anak man raja lawak

Kredit foto: Instagram Man Raja Lawak

    

Video

Kredit video: Kisah Hidup Man Pos Raja Lawak Sebelum Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega Bersama Puteh

    

Sumber:

1. Man Dipilih Juara Raja Lawak 5

2. Man (Raja Lawak) Tidak Kisah Dikatakan Tenggelam Sebagai Pelawak

3. Tak kisah pilihan kedua, Man tumpang rezeki arwah Abam

4. Wikipedia Man Raja Lawak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)