Oleh pada 26 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

   

Bidadari Kiriman Tuhan merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2020 tayangan Slot MegaDrama, Astro Ria mulai 25 Ogos 2020.

Karya arahan sutradara Rashid Sibir ini menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Mira Filzah.

   

pelakon bidadari kiriman tuhan

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Sinopsis

Manis (Mira Filzah) cukup menyayangi adik kembar seirasnya yang bernama Manja (Mira Filzah).

Manis yang bertugas sebagai seorang guru tadika, menyulam cinta dengan Cikgu Yusof (Zul Ariffin) hingga nekad membawa hubungan itu ke jinjang pelamin.

Begitupun, Manja seorang autisme yang sukar dikawal, turut memendam perasaan terhadap Cikgu Yusof, malah enggan melihat Manis bernikah dengan jejaka itu kerana bimbang dirinya akan ditinggalkan.

Apa yang dirancang tidak kesampaian apabila Manis sudahnya mendirikan rumah tangga dengan seorang arkitek bernama Ikram (Adlin Aman Ramlie).

Apakah kesudahan kisah cinta antara dua hati ini?

    

drama bidadari kiriman tuhan

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Pelakon

Lakonan utama Zul Ariffin dan Mira Filzah.

Turut dijayakan Maisara Sufia, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Fauziah Nawi, Ruminah Sidek, Ruzaidi Abd Rahman dan ramai lagi.

    

Baca: Biodata Zul Ariffin

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Zarina Zainuddin

Baca: Biodata Fauziah Nawi

    

bidadari kiriman tuhan episod

Kredit foto: Instagram Rashid Sibir

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan sutradara ternama, Rashid Sibir di bawah penerbitan Opera Klasik Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Siti Nurhaliza - Wajah Kekasih

    

Tajuk: Wajah Kekasih

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Adnan Abu Hassan

Lirik: Hani M.J

    

novel bidadari kiriman tuhan

Kredit foto: Instagram Rashid Sibir

    

Waktu Siaran

Bakal ke udara selama 25 episod di Slot MegaDrama mulai 25 Ogos 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

   

Sumber:

1. BamBam Studios

2. Instagram Rashid Sibir

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)