biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 1

Biodata

1. Nama lengkapnya, Muhammad Amir bin Sabaruddin. Popular sebagai Ben Amir.

2. Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 13 Mei 1990. Kini berumur 29 tahun (2019).

3. Anak keempat daripada lima beradik

4. Berketinggian 1.78 meter.

5. Bekas penuntut UiTM Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Pengajian Perniagaan.

6. Lakonan dan bidang peragaan menjadi punca rezekinya dalam dunia hiburan.

7. Aktif sebagai anak seni sejak tahun 2013.

8. Mencipta nama menerusi pertandingan Hero Remaja 2011/2012 sebagai finalis di sisi aktor Fattah Amin yang dinobatkan juara, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan

9. Dikatakan mempunyai wajah seiras Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu ahli politik dan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

10. Pernah dilaporkan berhubungan cinta dengan pelakon Uqasha Senrose.

11. Menerusi kemunculan di layar perak, beliau pernah membintangi filem Romeo Kota arahan Datuk Aaron Aziz, memegang peranan sebagai Amir.

12. Pembabitan dalam drama televisyen, antaranya menerusi Fira Ayuni, Playboy Itu Suami Aku, Cinta Ilahi, Suami Sebelah Rumah, Cinta Hati Abah, Cinta Masam Manis, Suri Hati Mr. Pilot, Semusim Rindu, Sejadah Untuk Dia, Inai Yang Hilang, Cinta Tiada Ganti, Spanar Jaya X dan Encik Iman Ekspres.

13. Termasuk telefilem Abang Long vs Kak Long, Ini Harta Haji Nana Yang Punya, Bulanku Di Hentian, Kemaafan Terindah, Cupcake Mama, Pintu Taubat, Kek Batik Cheese Leleh, Jangan Ambil Botol Itu, Mama Sado, Alien Janda Baik, Calon Menantu Bapak, Miss Sakura, Bulan Bintang Dan Sayang, One Last Raya Bersama, Personal Shopper dan banyak lagi.

Foto

biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 2

biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 3

biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 4

biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 5

biodata ben amir pelakon drama encik iman ekspres 6

Kredit foto: Instagram Ben Amir

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Utusan



Hakcipta iluminasi.com (2017)