Biodata

1. Nama penuhnya, Wan Sharmila binti Wan Muhamed.

2. Lahir pada 12 Oktober 1981 di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Kini berusia 38 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak bongsu daripada dua adik-beradik.

5. Anak kepada pasangan Wan Muhamed Wan Abdul Aziz (bapa) dan Raidah Abdul Aziz (ibu). Ibunya meninggal dunia pada 5 Julai 2015.

6. Merupakan anak saudara kepada pelakon Wan Maimunah.

7. Hobinya menunggang kuda.

8. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

9. Asalnya Wan Sharmila seorang model majalah dan pernah juga menyara kehidupan sebagai kerani di sebuah syarikat guaman.

10. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005.

11. Bergelar pelakon, pengacara dan model.

12. Pernah membintangi filem Raya Tak Jadi, Bisikan Syaitan, Romeo Kota dan Mat Moto Otai.

13. Juga drama Emil Emilda, Sutun Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Sindarela, Kisah Kaisara musim kedua, Tari Tirana, Apa Celop, Nora Elena, Rock Kapak, Debunga Lalang, Kusinero Cinta, Ariana Rose, Tuan Anas Mikael, Cinta Si Wedding Planner, 7 Hari Mencintaiku, Sayang Papa Saya Tak, Isteri-Isteri Ayah, Dekatkan Jarak Kita, Cinta Tiada Ganti, Bahagia Bukan Bidaan, Senafas Rindu dan banyak lagi.

14. Termasuk telefilem, antaranya Sutun 2, Santau Keramat, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Boona Boonie, Dendam Maya, Najwa Najiha, Tercipta Untukku, Hajat dan Arah Lain Ke Syurga.

15. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka bernama Fazli Bahrom pada tahun 2007, bagaimanapun perkahwinan itu tidak bertahan lama apabila mereka memilih untuk bercerai pada 23 Oktober 2009.

16. Pernah menjalani pembedahan tulang belakang pada Julai 2017.

17. Merupakan sahabat karib kepada pelakon Sari Yanti.

Foto

biodata wan sharmila pelakon drama senafas rindu 2

biodata wan sharmila pelakon drama senafas rindu 3

biodata wan sharmila pelakon drama senafas rindu 4

biodata wan sharmila pelakon drama senafas rindu 5

biodata wan sharmila pelakon drama senafas rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Mstar

4. Instagram Wan Sharmila

5. Youtube Hot TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)