Oleh pada 23 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Suhan Movies & Trading

           

sinopsis pelindung seorang puteri 577

Kredit foto: Instagram @itsnanalahboutique

     

Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah drama adaptasi novel karya Mia Kiff di saluran Astro Ria melalui Slot Megadrama.

Drama rantaian ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim terbitan Suhan Movies & Trading, bagi menggantikan siri Chandelier yang baru sahaja menutup tirainya.

     

novel pelindung seorang puteri

     

Sinopsis

Saiful (Farid Kamil) menuntut janji ingin berkahwin dengan Rose (Lisa Surihani). Melihatkan kesungguhan lelaki itu, Rose terbuka hati menerimanya sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentuanya, Mak Dak Liza (Haleeda Mazlin) masih menunjukkan rasa benci terhadap Rose atas punca yang dia sendiri bingung. Manakala Saiful pula mula bersikap aneh tanpa disangka-sangka.

Serentak dengan itu, muncul Hazril (Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pelindung buat diri Rose. Mampukah Rose mempertahankan rumah tangga yang dibina atau memilih untuk berundur?

      

drama pelindung seorang puteri

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

     

Pelakon

Ditunjangi Lisa Surihani dan Farid Kamil, serta barisan para pelakon pembantu seperti Sharnaaz Ahmad, Nadiyah Shahab, Haris Ismail, Jasmine Suraya, Juliana Evans, Norreen Iman, Faez Nick, Zainol Macwilson, Zain Hamid, Haleeda Mazlin, Asyikin Zaed, Farah Wahida Zainuddin, Arash Mohd, Wan Nor Azlin dan Hafizuddin Fazil.

    

Baca: Biodata Pelakon Lisa Surihani

Baca: Biodata Pelakon Farid Kamil

Baca: Biodata Pelakon Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Pelakon Nadiyah Shahab

Baca: Biodata Pelakon Haris Ismail

Baca: Biodata Pelakon Jasmine Suraya

Baca: Biodata Pelakon Juliana Evans

Baca: Biodata Pelakon Faez Nick

     

pelindung seorang puteri episod

Kredit foto: Instagram Faez Nick

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Yusry Abdul Halim di bawah terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading.

Yusry Abdul Halim sebelum ini pernah menduduki kerusi pengarah untuk drama bersiri Kan Kukejar Cinta Kamu.

         

Lagu Tema (OST)

(Akan dikemaskini)

      

pelakon pelindung seorang puteri

Kredit foto: Instagram Norreen Iman

     

Waktu Siaran

Siaran slot Megadrama mulai 28 Julai 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria.

           

Sumber:

1. Novel Pelindung Seorang Puteri

2. Wikipedia Slot MegaDrama

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)