biodata faez nick

Kredit foto: Instagram Faez Nick

    

Faez Nick merupakan antara pelakon yang membarisi drama bersiri Pelindung Seorang Puteri arahan Yusry Abdul Halim untuk siaran Slot MegaDrama, Astro Ria.

Antara lain, drama adaptasi novel tulisan Mia Kiff itu menggandingkan pelakon Farid Kamil, Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, Jasmine Suraya, Juliana Evans, Norreen Iman, Farah Wahida, Zainol Macwilson, Haleeda Mazlin, Haris Ismail dan ramai lagi.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nik Muhamad Faiz bin Nik Mohamad Fauzi.
  • Menggunakan nama komersial, Faez Nick.
  • Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 1 Mei 1993.
  • Berumur 27 tahun.
  • Berkelulusan Diploma Business Management daripada University Poly-Tech Mara KL.
  • Bergiat dalam dunia seni sebagai seorang pelakon, duta dan model sejak tahun 2017.
  • Antara drama dibintanginya termasuk Bawa Aku Ke Syurga, Girlfriend Aku Dari Neraka, Cinta Tiada Ganti, Lelaki Kiriman Tuhan, Cinta Non Grata dan Ajari Playboy Itu.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @faeznick sehingga kini mempunyai lebih 92,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Juga dikenali sebagai Faez.
  • Berfizikal tubuh sasa.
  • Meletakkan pelakon senior, Datuk Farid Kamil sebagai idola.
  • Aktif dalam sukan bina badan.
  • Menjadikan Lazar Angelov sebagai inspirasi dalam bidang bina badan.
  • Merupakan duta bagi produk Nutrition Pro.
  • Pernah diangkat sebagai juara sebanyak lapan kali serta terlibat dalam dunia pertandingan badan cantik selama empat tahun.
  • Pernah digosipkan dengan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat.

     

Foto

faez nick

instagram faez nick

wikipedia faez nick

sinopsis pelindung seorang puteri

profil faez nick

drama faez nick

Kredit foto: Instagram Faez Nick

    

Sumber:

1. Tak boleh patah semangat

2. Dah Berkahwin Sepatutnya Lebih Menjaga Badan Bukan Jadi Boroi

3. Nutrition Pro

4. Wikipedia Faez Nick

5. "Sudah-Sudahlah Kaitkan Saya Dengan Sajat" - Faez Nick

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)