Kredit foto: Instagram @lisasurihani

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Lisa Surihani binti Mohamed. Dikenali sebagai Lisa Surihani.

2. Lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur kepada pasangan Mohamed Mahbob (bapa) dan Siti Amirah Ahmad (ibu). Bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 31 Oktober 2008 kerana menghidap kanser paru-paru.

3. Anak keempat daripada lima adik-beradik. Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.

4. Berketinggian 1.60 meter.

5. Berdarah campuran Bugis, Cina, India dan Arab.

6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

7. Merupakan pelakon, model, jurucakap produk dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1997.

8. Antara drama dibintanginya seperti Gergasi, Mertua vs Menantu, Mataku Nampak Hantu, Tudung Ekspres, Mana Hilangnya Juwita dan Alamatnya Cinta.

9. Turut berlakon dalam telefilem Ponti Anak Remaja, S3RAM, Mamma Mamma Mia, Kontena Ana, Aku Posmen dan banyak lagi.

10. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem I'm Not Single, V3 Samseng Jalanan, Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu, Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

11. Pemegang trofi Pelakon Waniita Terbaik di Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010. Turut tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 dan Favourite Asian Act di Anugerah Nickelodeon Kids' Choice.

12. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan KRU, Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012. Sehingga kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015 dan Yusof Leonne (23 April 2017).

Foto

biodata dan latar belakang pelakon lisa surihani 2 456

biodata dan latar belakang pelakon lisa surihani 3 966

biodata dan latar belakang pelakon lisa surihani 4 40

biodata dan latar belakang pelakon lisa surihani 5 756

biodata dan latar belakang pelakon lisa surihani 6 441

Kredit foto: Instagram @lisasurihani

Video

Kredit video: Youtube URTV Online

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Astro Awani

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)