Oleh pada 02 Aug 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel, yang merupakan adaptasi novel berjudul sama oleh penulis Hasrul Rizwan, menggantikan siri Chinta Wrong Direction di slot Megadrama Astro Ria.

          

budak hostel otaknya sewel pelakon

Kredit foto: Instagram Adam Eji

       

Sinopsis

Sebuah siri komedi mengenai kumpulan pelajar hostel bermasalah iaitu Akhil, Mat Piah, Cupin dan Widad, yang mempunyai hubungan persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah sukan berasrama. Mereka mengharungi liku-liku kehidupan dunia remaja termasuk tekanan dari rakan sebaya, jatuh cinta dan kelakuan nakal mereka yang sering menyebabkan kekecohan di sekolah! Walau bagaimanapun, keutuhan perhubungan mereka mampu menangani segala rintangan.

Manakala, Borhan, Ghani dan Munawer pula merupakan musuh ketat kepada geng Akhil. Akhil menyukai seorang pelajar popular bernama Zakiah Merican, gadis tercantik di sekolah yang membuatkan hati para pelajar lelaki bergoncangan.

Suatu hari, Borhan mencabar Akhil untuk mencuri barang kesayangan Zakiah. Borhan berjanji akan mengembalikan surat rahsia milik Akhil yang dicurinya jika Akhil berjaya memasuki Asrama Puteri (Aspuri) dalam masa sebulan.

Akhil menyahut cabaran Borhan lantas mengumpulkan tiga teman baiknya untuk satu misi berani mati. Rancangan mereka pun bermula dengan tersusun rapi. Mereka berjaya mendapatkan blueprint sekolah untuk merencana strategi pecah masuk. Namun, cabaran demi cabaran terpaksa mereka harungi demi melaksanakan rancangan nakal ini termasuklah melepasi warden garang, Cikgu Marzuki.

Cikgu Marzuki mempunyai pesaing bernama Cikgu Daniel. Keduanya berlumba untuk mencuri perhatian dan cinta Cikgu Murni.

Akhil memanfaatkan peluang itu untuk menyusup masuk ke asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki sedang terleka. Namun, mereka tidak sedar bahawa satu perangkap sedang menanti mereka setelah berjaya memasuki asrama perempuan. Perancangan yang seolah-olah mudah tiba-tiba berubah menjadi situasi kacau-bilau. Satu demi satu insiden berlaku saat mereka melangkah masuk ke dalamnya.

Malam yang sepatutnya menjadi kenangan indah berubah menjadi malam yang panjang. Akhil kemudian sedar bahawa ini semua merupakan rancangan untuk menyingkirkannya dari sekolah.

          

Baca: Biodata Pelakon Amelia Christie

       

budak hostel otaknya sewel episode 1

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Pelakon / Cast

Drama ini bakal menampilkan kombinasi hebat antara bakat pelakon muda yang memegang watak utama empat sekawan iaitu Tuah Adzmi, Izz Ilham, Baihaqi Majid dan Adam Eji.

Turut serta, barisan pelakon terdiri daripada Amelia Christie, Azhan Rani, Sharnaaz Ahmad, Wan Zarul Imran, Aya Amiruddin. Lorenzo Irmann, Natasha Charmaine, Munir Phyne Ballerz, Zaquan Adha, Hafiz Hashim, Izzah Amzan, Didie Alias, Elyshia Abegail, Flora Haron, Amsyar Azizan, Adzim Hariz dan Zarif Ghazzi.

         

Watak Pelakon

Tuah Adzmi sebagai Akhil

Baihaqi Majid sebagai Mat Piah

Izz Ilham sebagai Cupin

Adam Eji sebagai Widad

Amelia Christie Lim sebagai Zakiah Merican

Azhan Rani sebagai Cikgu Marzuki

Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Danial

Wan Zarul Imran sebagai Borhan

Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek

Lorenzo Irmann sebagai Zahid

Natasha Charmaine sebagai Cikgu Murni

Munir Phyne Ballerz sebagai Pak Guard

Elyshia Abegail sebagai Dottie

Amsyar Azizan sebagai Munawir

Flora Haron sebagai Angah

Adzim Hariz sebagai Ghani Garpu

Zarif Ghazzi sebagai Zubir

         

budak hostel otaknya sewel astro ria

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd, siri ini merupakan hasil karya asal novel nukilan Hasrul Rizwan dengan skrip yang dikarang oleh Nizam Zakaria, Fairul Nizam Ablah, Bainun Waheeda, Amar Amir dan Ken Ridzuan, serta diarahkan oleh sutradara Nurhanisham Muhammad (Mr Labu).

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Tilu - Pendar (Official Music Video)

        

Tajuk: Pendar

Penyanyi: Tilu

Komposer: Amylea Azizan

Penulis lirik: Amylea Azizan

         

sinopsis budak hostel otaknya sewel

Episod 1 Budak Hostel Otaknya Sewel ke udara pada 31 Julai 2023. Kredit foto: Instagram Tuah Adzmi

        

Waktu Siaran

Tayangan siri 'Budak Hostel Otaknya Sewel' sebanyak 16 episod akan hadir kepada penonton melalui slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula pukul 10 malam pada 31 Julai 2023. Selain itu, penonton juga diberi pilihan untuk menonton secara dalam talian melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pengalaman menonton yang lebih fleksibel.

         

Tajuk cerita? Budak Hostel Otaknya Sewel

Berapa episod? 16 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)