Kredit foto: Instagram @julianaevans

     

Tahniah kepada pelakon Juliana Evans yang baru sahaja menimang puteri sulungnya bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau kini muncul menerusi drama rantaian, Mimpi Sabrina yang sedang rancak ditayangkan di slot Samarinda, saluran TV3.

Berikut kami kongsikan coretan biodata pelakon cantik berdarah kacukan ini.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Juliana Sophie binti Johari Evans. Dikenali sebagai Juliana Evans.

2. Kelahiran Shah Alam, Selangor pada 5 Julai 1989.

3. Kediamannya terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

4. Berketinggian 1.65 meter.

5. Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.

6. Bapanya berketurunan Inggeris, manakala ibunya berbangsa Melayu.

7. Kakaknya, Isabelle Evans merupakan bekas hos di TV Pendidikan.

8. Pemilik Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perfileman, Video dan Media daripada Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat.

9. Merupakan pengacara, pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001.

10. Memulakan karier seni sebagai hos kanak-kanak di usia 12 tahun.

11. Antara drama dibintanginya seperti KAMI - The Series, Kasut Tumit Tinggi, Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Cornetto Inikah Cinta dan Mimpi Sabrina.

12. Termasuk telefilem Puaka Topeng Putih, Cinta Lelong, NY Cinta, Hisyam dan 3 Hantutiyers, Vivi Si Perigi dan banyak lagi.

13. Pembabitannya di layar lebar, antaranya menerusi filem KAMI The Movie, Hantu Bonceng, Mael Lambong, Aliff Dalam 7 Dimensi dan Pulang.

14. Juga pernah terlibat dalam pementasan teater Bawang Merah Bawang Putih pada tahun 2015.

15. Dalam bidang pengacaraan, beberapa program televisyen yang pernah dihoskannya seperti E-Zone, Remaja, Era TV dan Mahligai Cinta.

16. Bergelar model dalam iklan Silkygirl, Fair & Lovely, Cadbury, Galaxy A8, Louis Vuitton Malaysia dan banyak lagi.

17. Antara selebriti lelaki yang pernah dikaitkan bercinta dengannya seperti penyanyi Adam (Akademi Fantasia 2), Sam (Bunkface) dan pelawak Zizan Razak.

18. Menamatkan zaman solo dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017, sebelum menimang cahaya mata perempuan diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai 2019.

     

Foto

biodata juliana evans pelakon drama mimpi sabrina 2

biodata juliana evans pelakon drama mimpi sabrina 3

biodata juliana evans pelakon drama mimpi sabrina 4

biodata juliana evans pelakon drama mimpi sabrina 5

biodata juliana evans pelakon drama mimpi sabrina 6

Kredit foto: Instagram @julianaevans

     

Video

Kredit video: Youtube Meletop

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)