Kredit foto: Instagram Izzrin Irfan

   

Siapa Izzrin Irfan? Muhammad Izzrin Irfan Mohd Ismail atau lebih dikenali umum sebagai Izzrin Irfan merupakan seorang penyanyi, pelakon dan instafamous Malaysia.

Beliau terkenal menerusi single berjudul Aku Terima Nikahnya serta lakonan dalam drama berepisod, Lelaki Lingkungan Cinta.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama penuhnya, Muhammad Izzrin Irfan bin Mohd Ismail.
  • Menggunakan nama komersial, Izzrin Irfan.
  • Berumur 19 tahun (2020).
  • Berasal dari Sungai Petani, Kedah.
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, pelakon dan instafamous.
  • Namanya melonjak naik selepas penyertaan dalam program I Can See Your Voice Malaysia.
  • Popular menerusi single sulung berjudul 'Aku Terima Nikahnya' ciptaan dan lirik oleh Luqman Hakim dan Knight Cydeen.
  • Pembabitannya dalam dunia lakonan menerusi drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @izzryn_ sehingga kini mencatatkan lebih 78,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Ibrahim dan Sekolah Rendah Al-Islah, Sungai Petani.
  • Wajahnya dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino, juga ada yang menyamakan dengan Ayie Floor 88 dan Syed Saddiq!
  • Gemar makan dalam kuantiti yang banyak, namun masih tidak naik berat badan!
  • Jika tidak menjadi penyanyi, beliau ingin menjadi seorang kontraktor yang menguruskan syarikat kedua ibu bapanya.
  • Meminati wanita yang mempunyai ciri-ciri seperti ibunya.

     

Foto

izzrin irfan 790

umur izzrin irfan 858

instagram izzrin irfan 645

izzrin irfan profile 568

wikipedia izzrin irfan 44

lelaki lingkungan cinta 459

pelakon lelaki lingkungan cinta 732

lagu izzrin irfan 883

izzrin irfan aku terima nikahnya 667

keluarga izzrin irfan 411

Kredit foto: Instagram Izzrin Irfan

   

Video

Kredit video: Aku Terima Nikahnya - Izzrin Irfan ( Official Music Video )

    

Sumber:

1. “Ada orang samakan saya dengan Aiman Tino... Syed Saddiq pun ada!” - Instafamous Izzrin Irfan cuba nasib jadi penyanyi

2. Ciri-Ciri Wanita Pilihan Izzryn?

3. Instafamous Izzrin Irfan dah jadi penyanyi... Ada yang kata muka sama macam Syed Saddiq!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)