Biodata

Nama penuh: Muhammad Naim Daniel bin Baharin

Nama popular: Naim Daniel

Tarikh lahir: 9 September 1997

Umur: 22 tahun

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi dan pelakon

Media sosial: Instagram @naimdanielx

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

2. Dikenali menerusi genre muzik Pop dan R&B.

3. Berkelulusan dalam bidang Pengajian Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman World Peace Entertaiment.

5. Dua single yang dihasilkannya setakat ini ialah Sekali Lagi dan Sempurna.

6. Mengumpul jumlah pengikut Instagram yang ramai hingga kini mencecah 730,000! Beliau juga aktif memuat naik video lagu 'cover' nyanyian yang menarik perhatian peminat muzik tempatan. Antara yang popular seperti Perfect dendangan asal Ed Sheeran, Derita (Isma Sane), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Kisah Antara Kita (One Avenue Band), Tak Tun Tuang (Upiak) dan banyak lagi.

7. Menceburi bidang lakonan sejak usia muda.

8. Pernah membintangi filem 2 Hati 1 Jiwa arahan Prof A.Razak Mohaideen, membawakan watak sebagai Adik Lapan di bawah produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd. Juga filem Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia sebagai watak Iqram, terbitan Astro Shaw & Nusantara Seni Karya.

9. Tidak hanya itu, Naim turut terlibat dalam drama Jelma musim pertama dan kedua, Cucu Betong, Gemilang, Cinta Elysa, Jangan Ambil Padang Kami, Ayam, Ema Emyliana, Wadi dan PIA.

10. Termasuk telefilem Sebelum Kiamat, Menanti Hari Itu, Dari Asar Ke Isyak, Ketika Daun Berzikir dan Vlog Laura.

11. Pernah tercalon dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Artis Baru Lelaki Popular serta Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi naim daniel 2

biodata dan latar belakang penyanyi naim daniel 3

biodata dan latar belakang penyanyi naim daniel 4

biodata dan latar belakang penyanyi naim daniel 5

biodata dan latar belakang penyanyi naim daniel 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar

4. Instagram Naim Daniel




Hakcipta iluminasi.com (2017)