Oleh pada 27 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

     

Awak Sangat Nakal merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2016 arahan Azmi Hatta yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk sama karya Syamnuriezmil dan lakonan oleh Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat.

Drama bersiri ini ditayangkan menerusi slot DramaRia (kini dikenali sebagai slot Megadrama) di Astro Ria mulai 7 November 2016 dan kembali menemui penonton di slot Tiara mulai 26 Jun 2020 bagi menggantikan Hero Seorang Cinderella.

    

drama awak sangat nakal

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

    

Sinopsis

Erine Johanna (Ayda Jebat) ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan untuk berada di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah (Fadilah Mansor).

Berasa bosan dengan kehidupan di kampung, Erine mula berkenalan dengan Johan Rizqin (Sharnaaz Ahmad) yang sering menjadi mangsa usikannya.

Johan yang juga tunangan Ain Humaira (Ika Nabella) iaitu anak angkat kepada Mak Munah, perlahan-lahan berubah hati terhadap Erine.

Erine juga cintakan Johan, namun terpaksa mengetepikan perasaannya kerana amanah arwah suami Mak Munah terhadap Johan.

Kerana kenakalan dan sikap ingin tahu untuk mencari siapa yang diamanahkan buat Johan, Erine menemui rahsia yang disembunyikan Mak Munah selama 23 tahun!

   

awak sangat nakal episod

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

   

Pelakon

Ditunjangi Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat, selain turut dibarisi para pelakon pembantu seperti Hefny Sahad, Ika Nabella (Ika Nabila), Afiq Muiz, Tash Yong, Erry Putra, Syaffiq Sahli, Aleza Shadan, Gbob Raja Lawak, Farouk Hussain, Fadilah Mansor, Ku Fridah dan Rahim Jailani.

   

Baca: Biodata Pelakon Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Pelakon Ayda Jebat

Baca: Biodata Pelakon Hefny Sahad

Baca: Biodata Pelakon Afiq Muiz

Baca: Biodata Pelakon Gbob Raja Lawak

Baca: Biodata Pelakon Ika Nabella (Ika Nabila)

Baca: Biodata Pelakon Tash Yong

     

novel awak sangat nakal

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah terbitan Orangetree Production dan daripada arahan sutradara, Azmi Hatta.

Azmi Hatta juga dikenali menerusi garapannya dalam drama rantaian Voice Note, Misi Laksa dan Laksam, Playboy Itu Suami Aku dan Istikharah Cinta.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ayda Jebat - Nakal Nakal Nakal (Official Lyric Video)

    

Tajuk: Nakal Nakal Nakal

Penyanyi: Ayda Jebat

Komposer: Irwan Simanjuntak & Ayda Jebat

Lirik: Irwan Simanjuntak & Ayda Jebat

    

pelakon awak sangat nakal

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

    

Waktu Siaran

Tayangan slot Tiara di saluran Astro Prima, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang mulai 26 Jun 2020 untuk siaran 16 episod.

    

Kredit video: Awak Sangat Nakal - Episod 7

   

Sumber:

1. Wikipedia Awak Sangat Nakal

2. Novel Awak Sangat Nakal

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)