Oleh pada 28 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Memoir Karmila merupakan sebuah siri drama 2020 yang menggunakan khidmat arahan sutradara Bahri Umar.

Siaran Slot Widuri TV1 mulai 28 Mei 2020 ini menampilkan lakonan Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Fahad Iman, Nadia Aqilah dan ramai lagi.

   

drama memoir karmila

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Sinopsis

Pertemuan semula antara Mila (Atikah Suhaime) dengan cinta lamanya, Isham (Aedy Ashraf) membuatkan Mila bertindak meninggalkan kekasihnya, Naim (Ikmal Amry).

Apatah lagi Isham yang juga ahli perniagaan berjaya, membantu bapa Mila, Dato’ Rahim (Zaefrul Nordin) menyelesaikan isu kewangan syarikatnya, manakala Naim pula masih memegang status sebagai seorang penganggur.

Mila akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dengan Isham tanpa diketahui, Isham sebenarnya terlibat dalam satu sindiket pemerdagangan wanita dan bekerjasama dengan rakannya, Tengku (Fahad Iman).

Kisah hitam bermula selepas Mila bersama suaminya pergi berbulan madu di Thailand yang mana Isham telah merancang untuk menjual Mila kepada sindiket di sana.

Isham menyimpan dendam terhadap Mila kerana wanita itu pernah meninggalkannya suatu ketika dahulu hanya kerana seorang lelaki lain.

Namun situasi bertukar sebaliknya apabila Mila berjaya melepaskan diri untuk pulang semula ke Malaysia, lalu merahsiakan tentang kegiatan suaminya itu daripada pengetahuan bapanya.

Isham bagaimanapun berjaya menangkap Mila yang bersembunyi di Terengganu, namun dia kini diserang ahli sindiket Geng Ular Tedung dari Thailand yang tidak berpuas hati terhadapnya kerana gagal menyerahkan Mila kepada mereka seperti yang dirancang.

Terbit keinsafan dalam diri Isham, lalu dia mengarahkan Tengku untuk menyelamatkannya isterinya.

Dalam usaha menyelamatkan Mila yang ditangkap sindiket jahat itu, Isham ditembak lalu dikejarkan ke hospital.

Mila kini kembali semula ke pangkuan keluarganya, sementara Isham yang beransur pulih ingin menuntut haknya sebagai suami Mila.

Mila dalam dilema mengenangkan Naim yang juga mengambil berat terhadap perihal dirinya.

Adakah jodohnya dengan Isham masih kuat atau Mila bakal kembali semula ke pangkuan Naim?

     

pelakon memoir karmila

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Pelakon

Lakonan utama Aedy Ashraf dan Atikah Suhaime.

Antara lain menampilkan Ikmal Amry, Afifah Nasir, Fahad Iman, Nadia Aqilah, Zarynn Min, Fauzi Nawawi, Nik Rifaie, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Dato Ts Jeffry, Laila Nasir dan Rafe Sumantri.

   

Baca: Biodata Pelakon Aedy Ashraf

Baca: Biodata Pelakon Atikah Suhaime

Baca: Biodata Pelakon Ikmal Amry

Baca: Biodata Pelakon Afifah Nasir

Baca: Biodata Pelakon Fahad Iman

    

memoir karmila

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada produksi Radius One Sdn Bhd di bawah arahan sutradara Bahri Umar.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: IDAYU - Di Sini (Official Lyric Video)

    

Tajuk: Di Sini

Penyanyi: Idayu

Komposer: Farouk Roman

Lirik: Amylea

    

memoir karmila episod

Kredit foto: Instagram Radius One Sdn Bhd

    

Waktu Siaran

Tayangan 13 episod di Slot Widuri TV1 (RTM) pada setiap hari Khamis hingga Ahad, jam 7 malam mulai 28 Mei 2020.

    

Sumber:

1. Wikipedia Memoir Karmila

2. Instagram Radius One Sdn Bhd

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)