Oleh pada 04 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Nabil Aqil dan Sharifah Rose membintangi Ku Punya Hati dalam drama bersiri baharu (bukan novel adaptasi) oleh TV3. Saksikan slot Akasia terbaharu ini disiarkan sebagai ganti kepada drama Risik Pada Hati mulai 4 Ogos 2022.

   

sinopsis ku punya hati

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis  

Kehidupan Rashidah (Sharifah Rose) yang nampak glamor di luar sebenarnya hanya menyeksa dari hari ke hari.

   

Hati Rashidah terluka kerana cinta yang dirahsiakan. Dia dilayan seperti orang asing. Mampukah cinta yang terjalin terus bertahan apabila disulitkan?

Sinopsis penuh

   

Personaliti Rashidah (Sharifah Rose) daripada seorang yang kasar dan berjiwa bebas, berkat Noah (Nabil Aqil) berjaya menaikkan namanya sekelip mata sebagai selebriti media sosial. Noah melamar Rashidah, lalu merahsiakannya daripada pengetahuan umum tentang kontrak yang mereka tandatangani bersama.

Tetapi ketika Rashidah mengandung, dia dihimpit kritikan netizen. Ditolak oleh keluarga Noah yang tidak menerimanya, Rashidah bersetuju untuk memutuskan hubungan mereka.

Kebimbangan datang apabila Noah pergi dalam kehilangan misteri. Dikhuatiri mati, Rashidah menjadi mangsa lebih banyak kritikan, dan dipulaukan oleh keluarganya.

Mampukah Rashidah mencari jalan keluar dalam ketenangan yang dicarinya? Dapatkah dia mengetahui jawapan kepada misteri kehilangan cinta hatinya?

Baca: 8 Fakta Nabil Aqil, Pelakon Drama Ku Punya Hati Yang Ramai Tak Tahu!

ku punya hati novel

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose Sabrina

Pelakon / Cast

Ku Punya Hati mempamerkan bakat baharu tempatan terkenal yang menerajuinya iaitu gandingan pelakon Nabil Aqil dan Sharifah Rose. Pelakon lain terdiri daripada bintang popular antaranya Alya Iman, Hafidz Roshdi, Ahmad Ezzrin Loy, Luqman Hafidz, Cahaya Nilam, Sefik Khair, Azri Iskandar, Zila Bakarin, Salina Saibi, Silfeny Osman, Sera Melissa, Amy Nur Tinie, Ieda Moin, Ainin Batrisya, Kirana Batrisyia dan Nina Nadira.

Watak Pelakon

Nabil Aqil sebagai Noah

Sharifah Rose sebagai Rashidah

Alya Iman sebagai Trisya

Luqman Hafidz sebagai Rezza

Cahaya Nilam sebagai Jess

Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad

Zila Bakarin sebagai Puan Faridah

Sera Melissa sebagai Sofea

Syefikk sebagai Ucop

Silfeny Osman sebagai Mia

Salina Saibi sebagai Intan

Ainin Batrisya sebagai Airis

drama ku punya hati

Kredit foto: Instagram Sharifah Rose Sabrina

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini diarah oleh Azmi Hatta, ditulis oleh Puovin dan Tommy Loh, serta diterbit oleh syarikat produksi Sha's Media Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Tak Punya Hati

Penyanyi: Ika Mustafa

Komposer: Shazee Ishak, Audi Mok

Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok

ku punya hati episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran  

Ku Punya Hati akan mula ditayangkan pada 4 Ogos 2022, dengan 28 episod ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang di slot Akasia, saluran TV3. Ia juga ditawarkan pada platform online di perkhidmatan penstriman video, Disney+ Hotstar.

   

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: Ku Punya Hati | Episod 1 Pada 4 Ogos, Setiap Isnin - Jumaat, 7 malam hanya di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)