Oleh pada 28 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Bougainvillea merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2020 yang bakal menemui penonton mulai 28 Disember 2020 bagi menggantikan siri Misteri Mona di slot Samarinda TV3.

Karya arahan Ayie Mustafa ini menampilkan gandingan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana sebagai teraju utama.

   

sinopsis bougainvillea

Kredit foto: Instagram Nora Danish

   

Sinopsis

Adrian (Beto Kusyairy) dan Aryanna (Intan Ladyana) merupakan sepasang suami isteri yang melayari kehidupan bahagia bersama dua cahaya mata.

Takdir berubah selepas Aryanna terbabit dalam sebuah kemalangan tragis yang menyebabkannya terlantar koma.

Demi menumpukan pada kerjaya, Adrian mengupah Mimie (Nora Danish) untuk menjaga Aryanna di kediaman mereka sebagai jururawat peribadi.

Di luar pengetahuan, Mimie rupanya mempunyai obsesi yang mendalam terhadap Adrian.

   

bougainvillea tv3

Kredit foto: Instagram Nora Danish

   

Pelakon

Lakonan utama Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana.

Turut dilakonkan Ameerul Asyraf, Hanna Aqeela, Jasper Supayah, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Wan Nor Azlin dan Ziema Din.

   

Baca: Biodata Nora Danish

Baca: Biodata Intan Ladyana

Baca: Biodata Ameerul Asyraf

Baca: Biodata Hanna Aqeela

Baca: Biodata Jasper Supayah

   

sinopsis drama bougainvillea

Kredit foto: Instagram Nora Danish

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah arahan sutradara Ayie Mustafa menerusi produksi Sha's Media Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ernie Zakri - Boneka [Official Music Video]

  

Tajuk: Boneka

Penyanyi: Ernie Zakri

Komposer: Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

Penulis Lirik: Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh

  

bougainvillea

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Bermula 28 Disember 2020 di Slot Samarinda TV3, siaran 15 episod setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

   

Kredit video: Bougainvillea l Beto Kusyairy & Nora Danish

   

Sumber:

1. Instagram Drama Sangat

2. Youtube Drama Sangat

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)