Kredit foto: Instagram Husna Mustaffa

    

Sharifah Husna Syed Mustaffa atau nama popularnya, Husna Mustaffa merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia.

Beliau memulakan karier lakonan setelah aktif sebagai model muslimah untuk beberapa butik pakaian dan tudung online.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Mustaffa. Menggunakan nama komersial, Husna Mustaffa.

2. Kelahiran Johor Bahru pada 25 Jun 1987. Kini berumur 33 tahun.

3. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik.

4. Merupakan pelakon, peragawati dan usahawan, juga berkhidmat sebagai juruteknologi makmal perubatan.

5. Antara drama dibintanginya termasuk Cinta Tiada Ganti, Kan Ku Kejar Cinta Kamu dan Kerana Dia Manusia Biasa.

6. Sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang cahaya mata.

7. Laman sosial Instagramnya atas nama @husnamustaffa sehingga kini sudah mengumpul lebih 225,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Minatnya terhadap dunia seni bercambah sejak zaman persekolahan lagi.
  • Mula aktif dalam bidang peragaan muslimah sejak tahun 2014.
  • Bergelar model untuk beberapa butik pakaian dan tudung online.
  • Sukakan gaya ringkas dan trendy.
  • Peminat model antarabangsa, Miranda Kerr.
  • Bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya.
  • Gemar memasak dan melancong.
  • Masakan melayu menjadi hidangan kegemarannya.

    

Foto

husna mustaffa

sinopsis dua takdir cinta

husna mustaffa kahwin

suami husna mustaffa

husna mustaffa dulu 546

drama dua takdir cinta

husna mustaffa drama 765

Kredit foto: Instagram Husna Mustaffa

    

Video

Kredit video: Nona (2019) | Episod 5

   

Sumber:

1. Dulu Model Muslimah, Kini Bergelar Pelakon. Populariti Husna Mustaffa Setanding Selebriti Berhijab Lain!

2. Bijak Bahagi Masa Resipi Kejayaan Husna

3. Nona (2019) | Episod 5

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)