Oleh pada 12 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Bakal disiarkan di TV3 mulai 12 Oktober ini, pelakon jelita Nadia Brian, Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan dan Melanie Tan telah digandingkan untuk memegang watak utama dalam drama bersiri terbaharu, Suri Hati.

Ia merupakan sajian slot Samarinda yang menyiarkan pilihan siri berbahasa Melayu bakal menemui penonton pada jam 10 malam.

suri hati tv3

Kredit foto: Instagram Adriana Adnan

Sinopsis

Bisakah bahagia andai masih ada benci?

Mengisahkan tentang empat orang gadis, Suraya, Sarah, Laila dan Atikah. Perkenalan mereka bermula ketika mereka belajar di kolej.

Selepas tamat pengajian mereka berpisah tetapi masih meneruskan persahabatan mereka.

Suraya, Sarah dan Atikah sentiasa bergantung dan merujuk nasihat berkaitan cinta, melalui Laila, tetapi Laila hanya mahu melihat rakan-rakannya gagal.

Ketika persahabatan antara mereka diuji demi cinta, akibat belenggu perasaan yang diracuni, empat sahabat yang berbeza latar belakang ini melalui pelbagai dugaan sebelum masing-masing menemui kebahagiaan yang dicari.

Bolehkah kebahagiaan mengatasi kebencian?

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Adakah Engkau Menungguku (Slot Lestary TV3)

drama suri hati

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Suri Hati mengumpulkan barisan pelakon utamanya, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Adriana Adnan dan Melanie Tan.

Ia turut menyaksikan kerjasama aktor Fahrin Ahmad, Malek Mccrone, Shakilla Khoriri, Ameerul Asyraf, Ikhwan Khairudin, Shajiry dan Faizul Syaharin.

Watak Pelakon

Puteri Sarah Liyana sebagai Sarah

Nadia Brian sebagai Laila

Melanie Tan sebagai Atikah

Adriana Adnan sebagai Suraya

suri hati episod

Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terbitan Million Pictures Sdn Bhd sebagai syarikat produksi yang diketuai pengarah Azhar Khalid (Apache) menerusi skrip yang dihasilkan oleh Amaz Mazilan.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aina Abdul - Sepi (Official Music Video)

Tajuk: Sepi

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul

Penulis lirik: Aina Abdul, Wan Zakaria

sinopsis suri hati

Episod 1 Suri Hati menemui penonton pada 12 Oktober 2022 menggantikan siri Aku Tanpa Cintamu. Kredit foto: Instagram Puteri Sarah Liyana Megat

Waktu Siaran

Jangan lupa saksikan drama Suri Hati, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam mulai 12 Oktober 2022, hanya di slot Samarinda TV3.

Siri 20 episod itu juga boleh dilihat semula secara online pada aplikasi penstriman video, Viu Malaysia secara percuma dan eksklusif. Muat turun aplikasi Viu dan tonton sekarang.

Kredit video: Suri Hati (Bukan Adaptasi Novel) | Mulai 12 Oktober, Setiap Isnin - Khamis, 10 malam hanya di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)