Oleh pada 22 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Bicara Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 menggunakan khidmat arahan Along Kamaludin, lakonan Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail.

Karya adaptasi novel dengan judul sama tulisan Missa J ini ke udara di slot Samarinda TV3 mulai 21 September 2020 bagi menggantikan siri Syurga Untukmu.

    

drama bicara cinta

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Kisah Anis Sofea (Emma Maembong) yang dijaga Tok Ali (Jalaludin Hassan) dan Nenek Humairah (Fadilah Mansor) selepas kematian kedua ibu bapanya dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Anis kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Adee (Adi Putra) atas permintaan Tok Ali dan Nenek Humairah.

Namun kerana jarak usia yang jauh, perkahwinan mereka berlangsung dingin.

Begitupun hari ke hari cinta di hati Anis mula berbunga buat Adee.

Ketika bahagia menjengah, dugaan pula muncul apabila Anis sekali lagi diduga dengan kehilangan orang tersayang iaitu Adee yang secara tiba-tiba tidak pulang ke rumah.

      

novel bicara cinta

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

    

Pelakon

Gandingan Emma Maembong dan Adi Putra.

Turut dilakonkan Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Eizlan Yusof, Lisdawati, Syed Aiman, Beego, Khalida Balqis, Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Khaty Azean, Rahim Jailani dan Yumna Ayuna.

    

Baca: Biodata Emma Maembong

Baca: Biodata Adi Putra

Baca: Biodata Azrel Ismail

Baca: Biodata Balkisyh Semundur Khan

Baca: Biodata Eizlan Yusof

   

bicara cinta tv3

Kredit foto: Instagram Adi Putra

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Along Kamaludin menerusi penerbitan produksi Primeworks Studios.

   

Kredit video: Syuhada - Semesta (Official Music Video)

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Semesta

Penyanyi: Syuhada

Komposer: Omar K

Lirik: Ikhwan Fatanna

    

bicara cinta

Kredit foto: Instagram Adi Putra

   

Waktu Siaran

Bermula 21 September 2020, tayangan Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3 selama 13 episod.

   

Kredit video: Bicara Cinta Episod 1

   

Sumber:

1. Youtube Drama Sangat Official

2. Instagram Drama Sangat

3. Wikipedia Bicara Cinta

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)