Oleh pada 10 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

       

Di Hujung Ranting merupakan sebuah drama rantaian televisyen Malaysia 2020 arahan Along Kamaludin, lakonan Shukri Yahaya, Nad Zainal, Dayang Areeda dan Amar Asyraf.

Diadaptasi dari novel Di Hujung Ranting 1 dan 2 karya Indah Hairani, siri ini telah memulakan siarannya di Slot Selekta Prima TV2 sejak 24 April 2020.

    

sinopsis di hujung ranting

Kredit foto: Instagram Shukri Yahaya

    

Sinopsis

Mawardah (Nad Zainal), seorang anak yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu saudaranya. Dia berkawan rapat dengan pemilik kafe, Adi (Zoey Rahman) sejak kecil, namun perasaannya terhadap pemuda itu tak ubah seperti abang kandungnya sendiri.

Ketibaan Amar (Shukri Yahaya), seorang pemuda dari Kuala Lumpur untuk menguruskan projek pembinaan milik syarikat bapanya, telah mencetuskan bibit-bibit cinta antaranya dengan Mawardah sejak mereka terlibat dalam satu insiden kemalangan.

Belum lagi kata-kata cinta diluahkan, Mawardah terpaksa akur menerima kehadiran Hakim (Amar Asyraf), anak rakan karib arwah ibunya untuk dijodohkan dengannya, walaupun tanpa diketahui, lelaki itu merupakan abang kandung kepada Amar.

Amar yang patah hati membawa diri ke negara jiran. Mawardah pula dikejutkan dengan kenyataan bahawa Hakim telah memiliki seorang isteri sebelumnya iaitu Fatin (Dayang Areeda).

Namun pernikahan Fatin dan Hakim di luar negara tidak direstui keluarganya.

Hakim reda dengan hakikat itu, lantas menceraikan Fatin dengan talak satu atas desakan ibunya, Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) selepas mengetahui wanita itu berlaku curang.

Fatin mencari jalan menjernihkan semula hubungannya dengan Hakim, hiingga Hakim pulang ke pangkuannya.

Amar menzahirkan rasa benci terhadap Hakim yang bersikap dingin terhadap Mawardah.

Adakah cinta Amar dan Mawardah kembali bersatu, sedang Mawardah terjerat dengan statusnya sebagai isteri Hakim?

    

novel di hujung ranting

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

       

Pelakon

Diterajui Shukri Yahaya dan Nad Zainal, bersama barisan pelakon pembantu seperti Dayang Areeda, Amar Asyraf, Zoey Rahman, Silfeny Osman, Ummar Dzariff, Afzan A Rahman, Fazlina Ahmad Daud, Arash Mohamad, Aida Khalida dan Raja Azmi.

    

Baca: Biodata Pelakon Shukri Yahaya

Baca: Biodata Pelakon Nad Zainal

Baca: Biodata Pelakon Dayang Areeda

Baca: Biodata Pelakon Amar Asyraf

Baca: Biodata Pelakon Afzan A.Rahman

    

di hujung ranting episod

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada syarikat penerbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan di bawah arahan sutradara Along Kamaludin.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Sufian Suhaimi - Inikah Dikatakan Cinta OST Di Hujung Ranting (Official Lyric Video)

    

Tajuk: Inikah Dikatakan Cinta

Penyanyi: Sufian Suhaimi

Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh

Lirik: Datuk A Aida

    

pelakon di hujung ranting

Kredit foto: Instagram Nad Zainal

    

Waktu Siaran

Siaran 30 episod dalam Slot Selekta Prima TV2, tayangan setiap hari pada jam 5.30 petang mulai 24 April 2020.

    

Sumber:

1. Instagram A. Aida Production

2. Wikipedia Di Hujung Ranting

3. “Terbayang Sufian ketika tulis lirik” - Ada sebab A Aida pilih Sufian Suhaimi nyanyi lagu tema Di Hujung Ranting

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)