Oleh pada 12 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Kl Motion Picture

       

Selepas drama novel fenomena, Andai Itu Takdirnya, gandingan serasi Shukri Yahaya dan Hannah Delisha di layar dapat disaksikan dalam sebuah lagi projek lakonan mereka, Stella On Stage.

"Stella On Stage" merupakan siri asal daripada Sooka (siri originals Sooka) yang pastinya akan mencuri perhatian penonton Astro Ria mulai 12 Julai 2023 pada jam 9 malam setiap hari Rabu dan Khamis.

         

stella on stage episode

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Sinopsis Stella On Stage

Pelakon Hannah Delisha memegang watak sebagai Stella, seorang selebriti yang tiba-tiba menghilang dari radar dunia hiburan.

Ketika netizen mula berspekulasi tentang kehilangannya, polis menemui mayat yang mengerikan yang mengenakan pakaian Stella di sebuah tasik. Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan misteri hilangnya Stella, timbul.

Adakah Stella menjadi mangsa pembunuhan? Siapakah suspek utama yang terlibat dalam kes kehilangannya? Melalui kisah perkenalan Stella dengan jirannya, Nik, 20 tahun yang lalu, akan membuka tabir misteri yang melanda Stella on Stage. Siapakah Nik sebenarnya? Dan bagaimana hubungannya dengan kehilangan Stella?

         

stella on stage sooka

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Pelakon / Cast

Pelakon Andai Itu Takdirnya, Hannah Delisha dan Shukri Yahaya membintangi drama ini sebagai watak utama, dan turut dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama yang mendapat perhatian, seperti Wafiy Ilhan (Wafiy Aan), Emma Sofea, Zarina Zainoordin, Rashidi Ishak, Haidar Hasanudin, Raja Azmi, Sobri Anuar, Puteri Rayyana Rayqa, Kamarul Eqfa, Keanu Azman, Zarynn Min, Amanda Misbun dan Hafiz Halim.

         

Watak Pelakon

Hannah Delisha sebagai Stella

Shukri Yahaya sebagai Nik

Sobri Anuar sebagai Corrie

Wafiy Ilhan sebagai Nik ketika remaja

Emma Sofea sebagai Stella ketika remaja

Zarina Zainoordin sebagai Rosie

Puteri Rayyana Rayqa sebagai Stella ketika kanak-kanak

Rashidi Ishak sebagai Rashid

Raja Azmi sebagai Che Loma

Haidar Hasanudin sebagai Ron

Kamarul Eqfa sebagai Nik ketika kanak-kanak

Amanda Misbun sebagai Hanna

Zarynn Min sebagai Latifah

Keanu Azman sebagai DJ Mushmellow

         

sinopsis stella on stage

Kredit foto: Instagram @heidinuraleesya

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri drama Stella On Stage, hasil karya Kl Motion Pictures Company Sdn Bhd, disutradarai oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak dengan skrip tulisan Wan Hasliza, Baizura Kahar dan Keen Neek.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: PESAWAT - Luluh (Official Lyric Video)

        

Tajuk: Luluh

Penyanyi: Pesawat

        

stella on the stage

Kredit foto: Instagram @heidinuraleesya

        

Waktu Siaran

Selepas dipersembahkan secara eksklusif kepada penonton melalui aplikasi Sooka pada 9 Januari 2023, kini siri berjumlah 16 episod ini akan melangkah ke saluran televisyen, Astro Ria (CH 104), bermula pada 12 Julai 2023 setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam.

Rancangan ini juga boleh diakses melalui perkhidmatan penstriman video tempatan iaitu aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand, membolehkan pengguna menonton kandungan Astro dengan lebih fleksibel.

        

Tajuk cerita? Stella On Stage

Berapa episod? 16 episod

Setiap hari apa? Rabu hingga Khamis

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go dan Sooka

         

Kredit video: Stella on Stage | Tayangan Perdana Episode 1

          




Hakcipta iluminasi.com (2017)