Biodata

1. Pemilik nama penuh Afzan A. Rahman.

2. Lahir pada 22 Oktober 1982 di Johor Bharu, Johor, Malaysia. Kini berusia 37 tahun.

3. Kediamannnya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

4. Berketinggian 1.8 meter.

5. Merupakan seorang pelakon.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

7. Bakat kelahiran rancangan realiti Anak Wayang musim pertama yang berlangsung pada April 2009. Antara lain program itu turut melahirkan beberapa pelakon terkenal seperti Hairi Safwan, Hafiz Halim, Amar Baharin, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi.

8. Nama Afzan mula melonjak naik selepas melakonkan watak Saiful dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

9. Kerapkali menjayakan projek drama terbitan syarikat produksi A. Aida Production.

10. Sebagai pelakon, beliau membuat kemunculan sulung menerusi watak pembantu sebagai seorang mekanik dalam drama Kecuali Cintamu.

11. Pernah membintangi filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami, Kecoh Betul dan Malay Regiment. Bakal muncul dalam filem Ratu Kala Jengking arahan Bade Hj. Azmi.

12. Termasuk drama Awan Dania musim pertama, Kasih Alia, Sehangat Asmara, Ku Cinta Kau Seorang, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Rindu Awak 200%, Puteri Gunung Ledang, Dia Isteri Luar Biasa, Mencintaimu, Hello, Mr. Perfect, Bukan Isteri Sempurna, Tersuka Tanpa Sengaja, Lara Aishah, Andainya Takdir, Kekasih Paksa Rela, Dia Menantu Rahsia dan banyak lagi.

13. Juga telefilem Kemaafan Yang Tertangguh, Pencari Jalan Lurus, Bukan Takdir Aku, Baju Raya Kain Perca, Mak Muda, Dia Ibuku, Pak Din Morris, Cik Siti, Hadiah Untuk Aiman, Kalbu Pun Berzikir dan Fasiq.  

14. Mendirikan rumah tangga dengan Hasliza Md Sharasan pada 1 November 2011 iaitu selepas empat tahun hidup menduda.

15. Mempunyai dua orang anak: Muhammad Haikal (kini pelapis muda pasukan belia bola sepak JDT) dan Anggun Nurcarissa.

Foto

biodata afzan a rahman pelakon drama dia menantu rahsia 2

biodata afzan a rahman pelakon drama dia menantu rahsia 3

biodata afzan a rahman pelakon drama dia menantu rahsia 4

biodata afzan a rahman pelakon drama dia menantu rahsia 5

biodata afzan a rahman pelakon drama dia menantu rahsia 6

        

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Karangkraf

4. Instagram Afzan A. Rahman




Hakcipta iluminasi.com (2017)