Kredit foto: Instagram Mathni Razak

Biodata

1. Nama lengkapnya, Ahmad Mathni bin Ab Razak. Mahu dikenali sebagai Mathni Razak.

2. Lahir pada 7 Oktober 1989 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

3. Berdarah campuran Melayu-Arab.

4. Pemegang diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Islam Antarabangsa.

5. Sebagai pelakon dan peragawan, beliau turut berpengalaman menjayakan beberapa iklan komersial.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

7. Bakatnya dicungkil menerusi pertandingan Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 anjuran akhbar Mingguan Malaysia di mana dirinya telah diangkat sebagai salah seorang finalis.

8. Sehingga kini, Mathni mendapat kepercayaan pengarah berlakon dalam beberapa produksi, antaranya filem Jin Notti pada 2009 dan Karak (2011). Termasuk telefilem dan drama, Raya Musim Luruh, Nur, Nur 2, Abang Bomba I Love You, Papa Ricky, Rahasia Kasih, Cinta Ke Syurga dan banyak lagi.

9. Bagaimanapun, lakonannya mula membekas di hati penonton menerusi watak Doktor Mukhriz dalam drama Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin, bergandingan dengan barisan pelakon ternama antaranya Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Azhan Rani, Atiq Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Fatimah Abu Bakar. Terlebih dahulu, beliau dilamar Shahrulezad membintangi drama Degup Cinta.

10. Meletakkan pelakon berpengalaman seperti Rosyam Nor, Ellie Suriati dan Tom Cruise sebagai inspirasi. Beliau teruja andainya berpeluang mendapat bimbingan daripada mereka.

11. Teringin untuk membintangi drama atau filem bercorak aksi.

12. Enggan kemunculannya sebagai pelakon hanya bersandar kepada rupa, sebaliknya bakat.

13. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan sehingga kini perkahwinannya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abdul Mateen Arjuna.

Foto

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 2

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 3

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 4

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 5

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 6

biodata mathni razak pelakon drama nur 2 7

Kredit foto: Instagram Mathni Razak

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online [1, 2]

3. Utusan [1, 2]

4. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)