Kredit foto: Instagram Shuhanty Hanafiah

Biodata

1. Pemilik nama penuh Hani Shuhanty binti Hanafiah.

2. Menggunakan nama komersial, Shuhanty Hanafiah.

3. Merupakan pelakon dan model.

4. Kelahiran 1987. Kini berusia 32 tahun.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan Biologi Molekul di Universiti New South Wales, Australia.

7. Ibunya, Zaiton Hashim merupakan bekas peserta pertandingan Ratu Cantik Pahang dan Ratu Cantik Malaysia 1979.

8. Mula menceburi dunia seni sejak tahun 2016.

9. Bergelar antara enam finalis dalam senarai 'Top 6' Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL) selain pelakon Syazuwan Hassan, Amirul Faqeem dan Jaja Iliyes.

10. Memulakan kerjaya seni sebagai model iklan komersial selepas menamatkan pengajian.

11. Pernah membintangi drama Meh Sandar Pada Aku, Nahu Rindu, Budak Boys dan Kamar Kamariah. Juga telefilem Surat Panjang Untuk Mak dan Tulus Cinta.

        

Info Drama Kamar Kamariah

  • Arahan Raja Ahmad Alauddin.
  • Mengenengahkan genre drama, cinta, konflik dan kekeluargaan.
  • Hasil tulisan Sharifah Abdul Salem.
  • Lakonan Fizz Fairuz sebagai watak Murad, Nabila Huda (Kamariah), Tasha Shilla (Sally), Syafie Naswip (Qhalif), Riena Diana (Ratna), Aidil Aziz (Hisyam), Ku Faridah (Hafsah), Shuhanty Hanafiah (Sarah), Zetty Shahibullah (Maimun), Ismail Yaacob (Pak Jalil), Rose Aida (Ummu Jannah), Mohamad Sobri Hussain (Ustaz Kahiril), Halimah Naim (Kak Peah) dan Syaza Irwinie (Shila).
  • 'Aku Bukan Malaikat' dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih sebagai lagu tema.
  • Bersiaran mulai 17 April selama 13 episod, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang di slot Akasia, TV3.
  • Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kamar Kamariah (TV3)

Foto

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 2

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 3

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 4

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 5

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 6

biodata shuhanty hanafiah pelakon drama kamar kamariah 7

Kredit foto: Instagram Shuhanty Hanafiah

Video

Kredit video: Youtube Tontonmy

Sumber:

1. Wikipedia (1, 2)

2. Utusan Borneo (Sarawak)

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)