Biodata

Nama penuh: Natasha Liana binti Mohd Redzuan

Nama popular: Natasha Hudson

Tarikh lahir: 9 September 1982

Umur: 36 tahun

Kelahiran: Ipoh, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, model dan penulis

Media sosial: Instagram @natashahudsonofficial

Fakta Menarik

1. Berketurunan Melayu-Australia.

2. Kakak kepada pelakon Tania Hudson.

3. Pernah menerbitkan beberapa buah buku seperti Puisi Indah Si Pari-Pari (2006) dan My Heart My Soul My Passion (2007).

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1990.

5. Membintangi beberapa filem iaitu Chermin, Tipu Kanan Tipu Kiri, Sumolah, Halilintar, Langgar, Lemak Kampung Santan dan Mamak Cupcake.

6. Drama-drama lakonannya seperti Antara Keju dan Belacan, Bait Cinta, Deru Ombak, Andai Ku Tahu, Cinta Luar Biasa, Tudung dan Pulau.

7. Pembabitan beliau dalam teater pula menerusi pementasan Ibu Zain dan Gamat.

8. Dalam bidang pengacaraan, Natasha pernah menghoskan rancangan Fesyen TV yang bersiaran di saluran Astro Ria.

9. Bakat lakonannya diiktiraf di Festival Filem Malaysia ke-20 apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Chermin. Dalam masa sama, beliau turut tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem sama, namun tewas. Manakala di Anugerah Skrin 2014 pula, Natasha memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi Lemak Kampung Santan.

10. Beliau telah empat kali mendirikan rumah tangga. Pertama, berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006, namun hanya bertahan empat bulan. Kemudiannya dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007, hanya bertahan dua tahun. Namun hasil perkongsian hidup itu mereka beroleh seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena yang kini berusia 10 tahun.

11. Perkahwinan ketiga dengan bintang hip hop dan bekas penyanyi kumpulan Phlowtron, Khalid Kamal atau lebih dikenali sebagai Carleed Khaza pada 15 April 2012. Beroleh dua orang anak iaitu Naeema Kalila, 5, dan Faatimah, 3. Pada Oktober 2018, beliau mengumumkan sudah bercerai, namun tarikh perceraian tidak dinyatakan.

12. Terkini iaitu pada 7 Disember 2018, Natasha mendirikan rumah tangga buat kali keempat dengan Noor Nashriq Sekarnor yang juga merupakan seorang usahawan dari Kelantan.

13. Mengenai penampilan diri, Natasha mula berhijrah pada tahun 2012 sekaligus mengundurkan diri daripada dunia hiburan. Beliau tampil dengan imej berpurdah sejak Disember 2016.

Foto

biodata natasha hudson pelakon wanita popular 2

biodata natasha hudson pelakon wanita popular 3

biodata natasha hudson pelakon wanita popular 4

biodata natasha hudson pelakon wanita popular 5

biodata natasha hudson pelakon wanita popular 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Rojak Daily

4. Instagram Natasha Hudson




Hakcipta iluminasi.com (2017)