Oleh pada 15 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Hati Tercarik Luka, arahan Emi Suffian, bakal menyusup ke sinema drama melayu melalui slot Samarinda di saluran TV3.

Adaptasi dari novel yang mendapat sentuhan oleh penulis Aida Asmida ini, diangkat ke dalam siri televisyen, dengan penyertaan dan lakonan pelakon-pelakon terkenal seperti Syarul Ezani, Zara Zya, Ryun, Fizo Omar, Mia Nasir, Halim Radzi, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

         

sinopsis hati tercarik luka

Kredit foto: Instagram Creative Skill Solution

        

Sinopsis

Dipenuhi dengan gelombang perasaan dan detik-detik yang menggetarkan hati, ikuti kisah cinta tragis di balik kepedihan air mata yang menyayat hati, menembusi jiwa dan merentap perasaan.

Kisah yang dipenuhi dengan drama dalam hubungan percintaan dan rumah tangga antara Eyda Amanda dan Dani Zairie.

         

hati tercarik luka drama

Kredit foto: Instagram Karangkraf Mall

       

Apabila terpesona dengan cinta Dani Zairie, seorang playboy terkenal, Eyda Amanda perlu bersabar melalui liku-liku yang mendatang.

Akhirnya, mereka menapak ke alam rumah tangga selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

Walaupun mengharapkan perkahwinan yang penuh kebahagiaan bersama cinta yang setia, pengorbanan Eyda Amanda terasa sia-sia apabila jejaka macho yang terkenal sebagai playboy ini tetap tidak berubah, dan selalu tergoda dengan pujuk rayu wanita-wanita yang memujanya.

Rumah tangga mereka bergoncang apabila hadirnya orang ketiga yang memulakan badai yang dahsyat.

Hidup Eyda Amanda terancam kerana terlibat dalam amalan ilmu hitam yang digunakan oleh seorang wanita yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie.

Mampukah Eyda Amanda berkorban demi mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina, setelah terjerat dalam permainan cinta dan pengkhianatan Dani Zairie yang membawa kesedihan dan sengsara kepadanya.

        

Baca: 10 Fakta Pelakon Ryun Ryry Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Syarul Ezani, Pelakon Drama Berepisod Hati Tercarik Luka (TV3)

Baca: Biodata Shahidan Izwan, Pelakon Drama Berepisod Surat Dari Tuhan (TV3)   

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Ryun

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023), Juga Tersedia Online!

         

novel hati tercarik luka

Kredit foto: Instagram Karangkraf Mall

         

Pelakon / Cast

Menyumbangkan watak utama dalam drama rantaian itu adalah gandingan antara Syarul Ezani, Zara Zya dan Ryun.

Peranan lain dipersembahkan oleh lakonan Fizo Omar, Mia Nasir, Halim Radzi, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan dan Haifa Halina.

         

Watak Pelakon

Syarul Ezani sebagai Dani Zairie

Zara Zya sebagai Eyda Amanda

Ryun Ryry sebagai Maya Maria

Fizo Omar sebagai Rykal

Mia Nasir sebagai Anis

Halim Radzi sebagai Mazli

Jasmin Hamid sebagai Puan Safina

Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi

Haeriyanto Hassan sebagai Haji Anuar

Haifa Halina sebagai Farra

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Hati Tercarik Luka diterbitkan oleh syarikat Creative Skill Solution Sdn Bhd dengan arahan daripada pengarah Emi Suffian serta bantuan penulis skrip Nieza Nahar.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: BAYANG-BAYANG SAYANG - SUARA [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST HATI TERCARI LUKA]

        

Tajuk: Bayang-Bayang Sayang

Penyanyi: Suara

Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

         

hati tercarik luka episod

Drama adaptasi novel ini dijadualkan untuk mengambil alih slot Samarinda selepas tamatnya siri Surat Dari Tuhan. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

         

Waktu Siaran

Bakal menarik perhatian pencinta drama tempatan, drama 15 episod ini menembusi kaca televisyen tanah air mulai 21 Disember 2023, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3!

Ia turut dihadirkan di Tonton, platform penstriman video tempatan yang dikendalikan oleh Media Prima.

        

Tajuk cerita? Hati Tercarik Luka

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

      

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)