Oleh pada 24 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

   

Drama Alergi Mamat Romantik merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2020 arahan Harris Fadzillah.

Adaptasi novel dengan judul sama karya Ezza Mysara ini menampilkan lakonan utama Fadlan Hazim dan Zara Zya. Mula bersiaran pada 24 Mei 2020 di saluran TV Okey (RTM).

   

drama alergi mamat romantik

Kredit foto: Instagram Zara Zya

   

Sinopsis

Kaisara (Zara Zya) merupakan seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Anggapannya, lelaki bermulut manis ini biasanya kaki perempuan!

Konflik tercetus apabila Arjuna (Fadlan Hazim) selaku peguam baru di ofis Kaisara mengugut untuk membocorkan identitinya sebagai penulis sekiranya Kaisara enggan mengajarnya menjadi seorang lelaki romantik, sebagaimana hero-hero dalam karyanya. Ya, Arjuna adalah antara peminat siri novel nukilan Kaisara!

Menurut Arjuna, dia ingin menjadi lelaki romantik di mata kekasihnya yang sedang menuntut di luar negara.

Bimbang identiti sebagai penulis terbongkar, Kaisara menyahut cabaran mengajar subjek ‘romantik' walaupun tanpa rela.

    

novel alergi mamat romantik

Kredit foto: Instagram Karya Seni

   

Pelakon

Gandingan Zara Zya dan Fadlan Hazim, bersama para pelakon pembantu seperti Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Zera Hariz, Puteri Khareeza, Jasper Supayah, Sazrin Aizul, Zalfa Zin dan Zulkifli Ismail.

   

Baca: Biodata Pelakon Zara Zya

Baca: Biodata Pelakon Fadlan Hazim

Baca: Biodata Pelakon Aprena Manrose

Baca: Biodata Pelakon Syazwan Zulkifly

Baca: Biodata Pelakon Zera Hariz

Baca: Biodata Pelakon Jasper Supayah

Baca: Biodata Pelakon Zalfa Zin

          

alergi mamat romantik episod

Kredit foto: Instagram Country And Universal Sdn Bhd

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Harris Fadzillah menerusi penerbitan Country and Universal Sdn Bhd.

Harris Fadzillah antara lain terkenal dengan arahannya menerusi drama Demi Rindumu, Akadku Yang Terakhir dan Papa Ricky.

     

Kredit video: Saidah Salim - Ku Berjanji (Official Music Video)

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Ku Berjanji

Penyanyi: Saidah Salim

Komposer: Saidah Salim

Lirik: Saidah Salim

   

pelakon alergi mamat romantik 374

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

   

Waktu Siaran

Mulai 24 Mei 2020, tayangan 20 episod yang akan ke udara pada setiap hari, jam 10 malam di TV Okey (saluran 146 Astro).

       

Sumber:

1. Instagram Country and Universal Sdn Bhd

2. Goodreads Alergi Mamat Romantik




Hakcipta iluminasi.com (2017)