Kredit foto: Instagram Sophia Albarakbah

Siri Suamiku Lelaki Pendosa adaptasi novel 'Imamku Lelaki Pendosa' karya Umie Nadzimah, menghangatkan lagi nama Sophia Albarakbah sebagai pendatang baharu dalam dunia hiburan.

Popularitinya di laman Instagram (IG) meraih sejumlah 176,000 pengikut.

Drama fenomena itu antara lain menyaksikan penampilan Aaron Aziz, Gambit Saifullah, Hafeez Mikail, Shima Anuar, Fiza Thomas, Fauzi Nawawi, Maria Farida dan Kael sebagai barisan pelakon.

10 fakta menarik ini berkongsi perihal diri Sophia yang kini dikenali sebagai Cahaya Malaika dalam drama berepisod slot Samarinda TV3 itu, bersiaran sejak 9 Februari lalu.

10 Fakta Sophia Albarakbah, Pelakon Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa Yang Ramai Tak Tahu!

suamiku lelaki pendosa 228

   

1. Selesa dipanggil dengan nama Sophi, beliau dilahirkan dengan nama penuh Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman di Kuala Lumpur pada 15 Julai 1993 dan dibesarkan di ibu kota itu.

   

sophia albarakbah ig 941

2. Walaupun terkenal menerusi drama, Sophia sebenarnya bermula sebagai seorang bintang filem.

   

sophia albarakbah 495

   

3. 'Terjebak' dalam seni lakonan selepas diundang temannya untuk menghadiri uji bakat filem berjudul 18.

pelakon suamiku lelaki pendosa 24

4. Pernah membuat kemunculan dalam video muzik lagu viral, Siti Bilang Cuti yang didendangkan penyanyi dan pelawak, Danial Zaini, juga 'Sedar' nyanyian Fareez Fauzi.

sophia albarakbah agama

5. Tidak termimpi menjadi pelakon memandangkan jurusan yang dipelajarinya di universiti tidak mempunyai kaitan dengan bidang seni, apatah lagi menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu. Namun Sophia melangkah juga dalam dunia hiburan selepas dipelawa rakannya ketika tamat pengajian.

   

drama suamiku lelaki pendosa 217

6. Bermula lewat sebagai pelakon iaitu di usia 28 tahun, namun tidak mahu ia menjadi penghalang untuk memberikan hasil kerja berkualiti.

   

sophia albarakbah suami

7. Tidak selesa dikaitkan dengan imej seksi kerana menganggap apa yang diperagakan tidak keterlaluan, apatah lagi dia ingin peminat fokus dengan kerjayanya berbanding gosip yang tidak mustahak.

8. Mengimpikan watak dalam filem yang berkonsepkan fantasi.

suamiku lelaki pendosa episod 987

9. Pernah pengsan di set drama Suamiku Lelaki Pendosa kerana menjalani penggambaran dalam cuaca panas, sewaktu bulan puasa!

sophia albarakbah umur 270

Di samping ibunya

10. Ibunya juga pernah berkecimpung dalam bidang hiburan rentetan kejayaan meraih tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1980.

sophia albarakbah family

Sophia (kiri) dan ibunya (kanan)

sophia albarakbah mix

Kredit foto: Instagram Sophia Albarakbah

Untuk biodata asas, baca artikel: Biodata Pelakon Sophia Albarakbah

Baca: 8 Fakta Pelakon Sophia Albarakbah Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa (Slot Samarinda TV3)

Profil Ringkas Sophia Albarakbah

Umur: 29 tahun (2022)

Drama: Tercipta Satu Ikatan, Hadiah Dari Tuhan, Suamiku Lelaki Pendosa

Filem: Miimaland, Pasal Kau, Ada Hantu

   

Sinopsis Ringkas Drama Novel Berepisod Suamiku Lelaki Pendosa

Cahaya Malaika yang putus tunang, mengambil keputusan mengahwini Dean Ilyas.

Tanpa disedari, dia dipergunakan untuk menutup rahsia besar Dean yang melakukan perbuatan terkutuk di sisi agama, angkara menjalinkan hubungan sejenis.

    

Kredit video: Drama Suamiku Lelaki Pendosa (Tonton Lakonan Sophia Albarakbah & Dato' Aaron Aziz) | WHI (9 Februari 2022)

Sumber:

1. Sophia kian menyerlah

2. Sukar marah, Sophia AlBarakbah rasa diri gagal

3. 'Sophia enggan jadi bahan gosip sensasi'

4. Awalnya malu, akhirnya mahu




Hakcipta iluminasi.com (2017)