Kredit foto: Instagram Shima Anuar

    

Siapa Shima Anuar? Noor Hashimah Anuar atau nama popularnya, Shima Anuar merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau dikenali umum selepas diperkenalkan oleh Metrowealth sebagai antara bakat baharu dalam syarikat penerbitan terbabit.

     

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Noor Hashimah binti Anuar.
  • Menggunakan nama komersial, Shima Anuar.
  • Berumur 29 tahun.
  • Kelahiran Rawang, Selangor pada 8 April 1991.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang aktres sejak tahun 2010.
  • Antara drama dibintanginya seperti Klik, Impian Raya Emelyn, Ruby, Cinta Si Wedding Planner, Sha & Shah, Kenyalang I'm In Love dan Isteri Dalam Sangkar. Juga telefilem Jangan Ambil Nyawa Aku.
  • Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Flat 3A, Bini-Biniku Gangster, Adnan Sempit 3, Highland Tower, Jangan Pandang Belakang Boleh, Awak Nak Kahwin Dengan Saya dan Hospital.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @shimaanuar sehingga kini mencatatkan lebih 400,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Mula bertapak dalam dunia lakonan selepas diperkenalkan sebagai antara bakat baharu Metrowealth bersama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Ketika itu beliau hanya memegang peranan sebagai watak tambahan untuk lakonan drama dan filem.
  • Bergelar isteri kepada Mohd Solih Toha yang juga bapa tunggal kepada dua cahaya mata dan seorang ahli perniagaan pada 8 April 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Marian Sophia (lahir 12 Disember 2017) dan Mikhael Imaan (lahir 8 Ogos 2019).

    

Foto

shima anuar

wikipedia shima anuar

suami shima anuar

anak shima anuar

siapa shima anuar

instagram shima anuar

mohd solih toha

filem shima anuar

umur shima anuar

Kredit foto: Instagram Shima Anuar

    

Video

Kredit video: DAVID TEO BONGKAR RAHSIA KEKAYAAN SHIMA ANUAR

   

Sumber:

1. Shima Anuar pilih duda sebagai bakal suami

2. Dedah Wajah Anak, Shima Anuar Pilih Nama Mikhael Imaan Untuk Baby Boy!

3. Wikipedia Shima Anuar

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)