Oleh pada 18 Apr 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Saksikan drama terbaru slot Samarinda, Khilaf Asmara (bukan adaptasi novel) di saluran TV3. Antara pelakon yang terbabit dalam naskhah bersiri ini terdiri daripada Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. Bakal menggantikan Bila Hati Memilih Dia mulai 18 April 2022.

   

pelakon khilaf asmara

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Sinopsis

Wan Su yang merupakan seorang janda, berkahwin dengan Dato Amri, seorang duda, lalu membuka ruang persahabatan antara anak Wan Su yang bernama Hanim (Fasha Sandha) dan Irma (Nelydia Senrose), anak Dato Amri.

Apabila dewasa, Hanim mendirikan rumah tangga dengan Aizad (Fahrin Ahmad), namun kehadirannya tidak disenangi oleh Wan Su kerana datang daripada keluarga yang miskin.

Begitupun Aizad adalah seorang suami yang penyayang dan juga seorang bapa yang bertanggungjawab membuatkan alam perkahwinannya bersama Hanim berlangsung bahagia.

Sehingga pada suatu ketika, Hanim mula hilang rasa hormatnya pada Aizad dan menyalahkan lelaki itu kerana tidak mampu memberikan kesenangan dan kemewahan. Aizat juga menjadi mangsa cacian dan hinaan Wan Su.

Hanim yang bercita-cita tinggi, memasuki dunia bisnes lanjutan pertemuan dengan Irma yang kini berjaya sebagai seorang pengusaha.

Ikatan antara Hanim dan Irma yang dahulunya mesra, kini dicemari dengan perasaan tamak haloba. Demi merampas segala yang dimiliki Irma, Hanim sanggup mengkhianati adiknya itu.

Hanim menyimpan hati pada suami Irma, Luqman (Fattah Amin) hinggakan pertalian mereka berakhir dengan hubungan sulit.

Realitinya, Luqman tidak pernah serius dengan Hanim dan apabila rahsia mereka diketahui Irma, Luqman ingin kembali semula ke pangkuan isterinya.

Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Khilaf Asmara Yang Ramai Tak Tahu!

khilaf asmara episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Sebuah naskhah bersiri yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air iaitu Fattah Amin, Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Josiah Hogan, Amy Mastura dan Rahim Jailani.

   

Watak Pelakon

Fattah Amin sebagai Luqman

Nelydia Senrose sebagai Irma

Fasha Sandha sebagai Hanim

Fahrin Ahmad sebagai Aizad

sinopsis khilaf asmara

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Idea asal karyawan popular, Shahrulezad Mohameddin (Budak Ijat) ini mendapat sentuhan daripada Siti Jasmina Ibrahim dan Uchee Fukada selaku penulis skrip, dan diproduksi syarikat Radius One Sdn Bhd menerusi garapan sutradara, Uchee Fukada.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Amylea - Melepaskanmu (Official Music Video)

Tajuk: Melepaskanmu

Penyanyi: Amylea

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

drama khilaf asmara

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Memasuki tayangan slot Samarinda, saluran TV3 bermula 18 April 2022, siaran 15 episod ini menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10 malam. Sebagai alternatif, anda boleh tonton secara online di perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar.

    

Kredit video: Samarinda: Khilaf Asmara | Episod 1 Pada 18 April, Setiap Isnin - Jumaat 10 malam hanya di TV3

Sumber:

1. Drama Sangat

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)