Oleh pada 12 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

  

Cerita dramatik dalam slot Tiara diteruskan dengan judul bergenre crime-thriller terbaru, Takdir Cinta Dhia (naskhah bukan adaptasi novel) yang menjanjikan unsur saspens serta bibit-bibit cinta romantik yang tidak dapat dilupakan.

Dijangka mengikuti kejayaan siri Cinta Hilang Kata yang disiarkan sebelum ini, pengikut drama tempatan boleh mula menonton naratif penuh pergolakan emosi ini pada 12 September 2022 di saluran Astro Prima.

  

sinopsis takdir cinta dhia

Kredit foto: Instagram Faez Nick

  

Sinopsis

'Takdir Cinta Dhia' memaparkan tragedi cinta yang diuji dengan hasad dengki dan dendam keluarga.

Kisahnya bermula apabila Dhia (Elvina Mohamad) tidak sabar untuk bertemu tunangnya, Huzair (Shahz Jaszle), anak Encik Amran buat pertama kali.

Tetapi dalam perjalanan ke perjumpaan itu, mereka telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan kematian bapa Dhia dan Encik Amran.

Dhia tidak berkesempatan bertemu Huzair, dia dibawa ke rumah abang iparnya, Fayyad (Aaron Aziz) yang mahukan hak penjagaan terhadap Dhia daripada abang Dhia sendiri, Fikri (Nazrief Nazri).

Kehidupan Dhia bermula sebagai sebuah cabaran apabila dia terpaksa tinggal di rumah Fayyad. Niat Fayyad ingin mengambil Dhia di bawah jagaannya kerana dia mempunyai rahsia gelap yang ingin disembunyikan.

Fayyad sebenarnya sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri - Tasha (Nada Nur Syuhada) - telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung Dhia.

Tasha pula cemburu dengan Dhia dan kini ingin menyusahkan kehidupan sebatang karanya.

Niat asal Fayyad untuk menamatkan riwayat hidup Dhia demi menutup jenayahnya, bertambah rumit apabila Fayyad tanpa sedar jatuh cinta dengan Dhia.

Dalam pada itu, Huzair pulang dari Eropah selepas kematian bapanya. Dia ingin mencari tunangnya yang tidak diketahui identitinya.

Apabila pencariannya dikesan oleh Tasha, Tasha membuat rancangan untuk mengahwinkan adiknya, Nadia (Khalida Balqis) dengan Huzair, membuatkan Huzair percaya bahawa Nadia adalah tunangan yang dicarinya.

Dhia, Fayyad dan Huzair yang bertemu dalam satu takdir tetapi hanya dua daripada mereka akan menemui cinta.

  

pelakon takdir cinta dhia

Kredit foto: Instagram Elvina Mohamad

  

Pelakon / Cast

Dato Aaron Aziz kembali lagi menghiasi slot Tiara kali ini sebagai peneraju utama bersama gandingannya Datin Elvina Mohamad.

Kolaborasi mereka dibawa bersama pelakon hebat yang lain termasuk Shahz Jaszle, Nazrief Nazri, Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis, Faez Nick, Danial Dashuki, Hanis Husna dan Azhar Amir.

  

Watak Pelakon

Datuk Aaron Aziz sebagai Fayyad

Datin Elvina Mohamad sebagai Dhia Zahra

Shahz Jaszle sebagai Huzair

Nazrief Nazri sebagai Fikri

Nada Nur Syuhada sebagai Natasha

Khalida Balqis sebagai Nadia

Faez Nick sebagai Nick

Hanis Husna sebagai Dr Intan

   

takdir cinta dhia episod

Kredit foto: Instagram Faez Nick

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan pengarah drama berbakat besar di negara kita, Idora Abd Rahman, karya penulis skrip Nieza Nahar, yang dibawa ke kaca TV oleh syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Margosa - Cinta Pasti Bersatu feat. Aepul Roza (Official Music Video)

  

Tajuk: Cinta Pasti Bersatu

Penyanyi: Margosa feat Aepul Roza

Komposer: Raja Nazrin Shah

Penulis lirik: Resya Rahman

  

drama takdir cinta dhia

Kredit foto: Instagram Shahz Jaszle

  

Waktu Siaran

Tayangan 40 episod ‘Takdir Cinta Dhia’ menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang bermula 12 September 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui Astro Prima (saluran 105) yang juga boleh ditonton secara online menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

  

Kredit video: [Tayangan Perdana] Takdir Cinta Dhia Episod 1

  



Hakcipta iluminasi.com (2017)