Oleh pada 07 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Ruhainies

   

Drama bersiri Wifi Sebelah Rumah (bukan adaptasi novel) bakal memasuki tayangan saluran TV3 bermula 7 Oktober 2021.

Berikut 10 fakta menarik mengenai naskhah lakonan dua figura terkenal, Zul Ariffin dan Ruhainies ini:-

wifi sebelah rumah episod 151

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

1. Siri ini merupakan antara produk kandungan asli tempatan terawal yang disajikan dalam perkhidmatan penstriman, Disney+ Hotstar.

drama wifi sebelah rumah 840

Kredit foto: Instagram Ruhainies

2. Ia gandingan pertama antara pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies. Ruhainies akui teruja dan terkejut apabila dimaklumkan kerjasama dengan hero pujaan ramai itu.

wifi sebelah rumah episode

Kredit foto: Instagram Ruhainies

3. Aksi romantis pasangan ini yang diperlihatkan dalam beberapa kiriman foto di Instagram, mengundang persoalan di kalangan peminat - adakah mereka benar-benar sedang dilamun cinta.

4. Ruhainies awalnya menganggap Zul sebagai individu yang garang berdasarkan cakap-cakap insan sekeliling, namun tanggapannya meleset sama sekali selepas mengenali aktor itu sebagai seorang yang 'happy go lucky', tenang dan kelakar. Mereka hanya mengambil masa dua hari untuk mendapatkan keserasian, malah kekal berhubung sebagai rakan baik di luar penggambaran.

novel wifi sebelah rumah

Kredit foto: Instagram Ruhainies

5. Ruhainies gemar menyakat Zul di set penggambaran, dan pelakon filem Sangkar itu dikatakannya seorang yang gila-gila!

6. Menurut Ruhainies, Zul merupakan penggemar nasi kandar hingga boleh jamah sampai dua bungkus! Malah, Zul juga rajin belanja seluruh produksi makan dengan set hidangan yang ditempah.

pelakon wifi sebelah rumah 695

Kredit foto: Instagram Ruhainies

7. Sebagai pelakon, mereka diberi kelonggaran untuk berkongsi idea dengan pengarah demi memberikan warna dalam babak-babak yang dilakonkan. Momen yang dirakamkan di kamera tidak berdasarkan sepenuhnya daripada skrip asal.

wifi sebelah rumah cast

Kredit foto: Instagram Keith Foo

8. Selepas siri ini dilancarkan di laman Disney+ Hotstar pada 25 Jun lalu, rata-rata peminat memberikan reaksi positif dengan ada di antara mereka yang ingin melihat Zul dan Ruhainies betul-betul bercinta!

wifi sebelah rumah tv3

Kredit foto: Instagram Ruhainies

9. Di masa mendatang, Zul merancang untuk mencuba lebih banyak jenis watak seiring dengan usianya yang makin meningkat. Berkemungkinan dia akan mengurangkan pembabitan dalam naskhah bergenre cinta romantik kerana ingin memberi peluang kepada bintang-bintang muda yang sedang meningkat naik.

10. Ruhainies berharap akan ada lagi kerjasama antaranya dengan Zul dalam mana-mana naskhah selepas ini.

Juga dijayakan Fadlan Hazim, Nurin Afiqah, Asha Zainul, Keith Foo dan Anna Melissa, tonton 'Wifi Sebelah Rumah' setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang di TV3 atau strim episod penuh di platform penstriman, Disney+ Hotstar.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wifi Sebelah Rumah

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Semanis Senyumanmu (Slot Akasia TV3)

Baca: Biodata Nurin Afiqah, Pelakon Drama Wifi Sebelah Rumah

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

wifi sebelah rumah wikipedia

wifi sebelah rumah pelakon

Kredit foto: Instagram Ruhainies

    

Sumber:

1. 'My Manja Boy'

2. Selesa dengan Zul Ariffin

3. “Saya memang suka sakat Zul Ariffin” – Ruhainies

4. Mesra tapi bukan bercinta

5. Isu foto 'sweet' dengan Ruhainies, Zul Ariffin hanya jalankan amanah sebagai pelakon - “Kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV!”




Hakcipta iluminasi.com (2017)