Kredit foto: Instagram Daiyan Trisha

    

Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau nama popularnya, Daiyan Trisha merupakan seorang aktres, penyanyi dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali umum menerusi telefilem Dee yang pernah bersiaran di saluran Astro Ceria.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Daiyan Trisha binti Mohd Nasaruddin.
  • Menggunakan nama komersial, Daiyan Trisha.
  • Kelahiran Bangi, Selangor pada 22 Disember 1993.
  • Anak kepada pasangan Mohd Nasaruddin Mohamed (bapa) dan Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Anak kedua daripada lima orang adik-beradik.
  • Bekas graduan dalam bidang Diploma Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model.
  • Antara drama dibintanginya seperti Geng Kampung Pisang 2, Dee The Series, Geng UPSR, My Coffee Prince dan Sejuta Rasa Buat Adelia.
  • Termasuk telefilem Dee, Aku Mahu ke New York dan Syawal Mencari Cinta.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Girlfriend Kontrak dan Busker.
  • Lagu-lagu single yang pernah dirakamkannya ialah Kerana Kau, Cinta Suka Sayang Kamu, Jatuh, Kau Tahu, Stargazing, Kita, Boy In My Dream, Kita Manusia, Ingat, Brutal, Langit dan If I.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @daiyantrisha sehingga kini mengumpul lebih 1.2 juta pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa dengan nama timangannya, 'Dee'.
  • Anak kepada novelis ternama, Samsiah Mohd Nor (ibu).
  • Membuat kemunculan sulung di layar kaca menerusi telefilem berjudul Dee yang bersiaran di saluran Astro Ceria. Ledakan populariti drama itu membawa kepada kelahiran siri TV dengan judul sama pada tahun 2015.
  • Gemar menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti senaman serta membaca.
  • Menjadikan penyanyi antarabangsa, Taylor Swift sebagai sumber inspirasi dalam bidang muzik.
  • Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan tentang status dirinya yang pernah dilanda kemurungan angkara masalah membabitkan pelajaran, kerjaya, peribadi dan keluarga sehingga ke satu tahap beliau tidak mampu mencari jalan penyelesaian serta hilang tempat mengadu.
  • Pernah terlibat dalam konsert jelajah Asia Tenggara bersama penyanyi kelahiran Amerika Syarikat (AS), Sam Tsui pada hujung 2019.
  • Namanya pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22, Anugerah Planet Muzik ke-16 dan Festival Filem Malaysia ke-30, namun tidak beroleh rezeki untuk meraih sebarang pengiktirafan.

    

Foto

daiyan trisha

instagram daiyan trisha

wikipedia daiyan trisha

drama daiyan trisha

profil daiyan trisha

lagu daiyan trisha

daiyan trisha family

latar belakang daiyan trisha

filem daiyan trisha

umur daiyan trisha

Kredit foto: Instagram Daiyan Trisha

     

Video

Kredit video: Daiyan dan Aliff Aziz intim seperti potong mangga? | Sejuta Rasa Buat Adelia I Nabil, Nora Danish

    

Sumber:

1. Daiyan kikis imej keanak-anakan

2. "Saya pernah 'mental breakdown' dan ini yang saya buat..." - Daiyan Trisha

3. Daiyan Trisha jelajah Asia Tenggara

4. Wikipedia Daiyan Trisha

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)