Kredit foto: Instagram Akhmal Nazri

   

Akhmal Nazri merupakan selebriti Malaysia yang memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon remaja, dan cukup dikenali menerusi watak Jibam dalam siri popular Oh My English.

Bagaimanapun cabang seni itu tidak lagi menjadi keutamaannya apabila kini dilihat lebih aktif menjayakan peranan sebagai hos dengan mengacarakan beberapa program televisyen berkonsepkan hiburan dan travelog.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhd Akhmal bin Mohd Nazri. Dikenali dengan nama komersialnya, Akhmal Nazri.

2. Lahir pada 24 Februari 1992 di Bandar Muadzam Shah, Pahang. Berusia 27 tahun.

3. Kediamannya terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

4. Pemegang diploma dalam jurusan Teater daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

5. Bergelar pelakon dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

6. Namanya meledak selepas membintangi siri Oh My English terbitan Astro dengan memegang watak 'Jibam'.

7. Lain-lain drama dibintanginya seperti Lelaki Macam Dia dan Mencari Qiblat, termasuk telefilem Cik Sayur Encik Seafood dan Suluhkan Aku Cahaya.

8. Dalam bidang pengacaraan, antara program yang pernah dikemudikan termasuk AM Live, Jom Singgah, Anak Sapa Ni Eh, Mad Markets dan Jalan-Jalan Makan Angin.

   

Fakta Menarik

  • Menceburi bidang pengacaraan sejak 2006.
  • Mengagumi pelakon Leonardo Di Caprio.
  • Meletakkan kedua ibu bapanya sebagai pengaruh terbesar dalam kehidupan.
  • Gajet dan sukan bola sepak sebagai topik perbualan kegemaran.
  • NOAH dan Peterpan merupakan band yang paling diminati, berikutan lagu-lagu mereka yang disifatkan sangat dekat dengan jiwanya, seperti Separuh Aku dan Mungkin Nanti.

   

Info Hubungan Cinta Dengan Lisa AF 2015

  • Sudah berhubungan cinta sejak tiga tahun lalu.
  • Mula mengenali satu sama lain selepas Lisa diundang sebagai tetamu jemputan dalam rancangan AM Live yang dikendalikan Akhmal di Astro Ria.
  • Akhmal bertindak melamar Lisa pada hujung minggu lalu sewaktu mereka sama-sama bertandang ke kampung halaman Lisa di Bintulu, Sarawak.
  • Bakal bertunang dalam waktu terdekat ini, sebelum bergelar suami isteri pada penghujung tahun hadapan.
  • Lisa yang berbangsa Iban, kini dalam proses mendalami agama Islam.

   

Foto

jibam oh my english

akhmal nazri

instagram akhmal nazri

wikipedia akhmal nazri

akhmal nazri kahwin

akhmal nazri bertunang

biodata lisa af 2015 771

Kredit foto: Instagram Akhmal Nazri

   

Video

Kredit foto: Cabaran 60 Saat: Bersama Akhmal Nazri

   

Sumber:

1. Wikipedia Akhmal Nazri

2. Akhmal Nazri Bersedia Untuk Dunia Showbiz

3. Akhmal Nazri Lamar Lisa AF 2015, Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)