Biodata

1. Pemilik nama sebenar Raja Aidzal Hakim bin Raja Razali. Dikenali sebagai Raja Hakim atau Raja Hakim DFKL.

2. Merupakan seorang pelakon.

3. Lahir pada tahun 1992 di Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Juga membesar di daerah sama. Kini berusia 27 tahun (2019).

4. Kediamannya terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

5. Mempunyai diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam daripada Politeknik Port Dickson.

6. Mula menceburi bidang seni sejak tahun 2012.

7. Abang sulung kepada pelakon Raja Afiq.

8. Bakatnya dicungkil daripada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 di mana beliau berjaya disenaraikan sebagai salah seorang finalis. Adiknya, Raja Afiq juga kelahiran DFKL (2014).

9. Lakonan pertamanya dalam drama Timah Lambak pada tahun 2012 walaupun hanya memegang peranan watak tambahan.

10. Selain itu, kemunculannya di kaca televisyen menerusi drama Dekatkan Jarak Kita (2017), Manipulasi (2018), Terhentinya Doa (2018) dan terkini, Dia Menantu Rahsia (2019).

Foto

biodata raja hakim pelakon drama dia menantu rahsia 2

biodata raja hakim pelakon drama dia menantu rahsia 3

biodata raja hakim pelakon drama dia menantu rahsia 4

biodata raja hakim pelakon drama dia menantu rahsia 5

biodata raja hakim pelakon drama dia menantu rahsia 6

          

Info Drama Dia Menantu Rahsia

  • Mengenengahkan genre drama, cinta dan konflik.
  • Diadaptasi daripada novel Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani.
  • Hasil tulisan Faten Syamimie, N.Mardhiah dan Rehal Nuharis. Arahan sutradara Mohd. Fazli Yahya.
  • Antara barisan pelakon seperti Raysha Rizrose, Ashraf Muslim, Syazuwan Hassan, Fazlina Ahmad Daud, Mona Allen, Raja Hakim, Ridzuan Hashim, Aida Khalida, Afzan A. Rahman, Annie Ariffin, Wilma Muhammad, Pauline Tan dan Aisya Hasnaa.
  • Lagu Kisah Cinta Kita dendangan Hafiz Suip terpilih menjadi lagu tema untuk intro dan penutup drama rantaian ini.
  • Bersiaran sebanyak 28 episod di mana setiap episod berdurasi 41 minit, bermula 29 Januari 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang di saluran TV3, menerusi slot Akasia. 
  • Terbitan syarikat A. Aida Production Sdn. Bhd.

         

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Projek MM

3. Instagram Raja Hakim




Hakcipta iluminasi.com (2017)