Biodata

Nama penuh: Farah Azleenda binti Abd Aziz

Nama popular: Zulin Aziz

Tarikh lahir: 26 November 1989

Umur: 29 tahun (2018)

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan pelawak

Media sosial: Instagram @zulinaziz

Fakta Menarik

1. Mula memasuki industri seni menerusi rancangan pencarian bakat lakonan, Pilih Kasih musim pertama anjuran Datuk Rosyam Nor pada tahun 2009. Beliau tersenarai dalam kalangan 20 finalis yang terpilih.

2. Membuat kemunculan pertama dalam drama televisyen, Begitukah Cinta, tayangan di saluran TV3 pada tahun 2011 yang diterajui oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah

3. Antara drama lain yang dilakonkannya ialah Mimpi Cinderella (2012), Misiku Kuza (2013), Suami Sebelah Rumah (2015), Cik Cinderella dan Encik Tengku (2015-2016) serta Nahu Rindu (2017).

4. Manakala beberapa telefilem yang dijayakannya termasuk Bedah vs Joyah (2015), Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya (2016), Alamak (2017), Cekelat Semanis Honey (2017) dan Cekelat Tak Semanis Honey (2018).

5. Tidak ketinggalan, Zulin turut membintangi beberapa buah filem iaitu MTB: Misi Tawan Baby (2014), Rembat (2015), Bo-Peng (2016) dan Minah Moto (2017).

6. Pada Julai 2016, beliau memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen radio Suria FM sebelum akhirnya menamatkan kontrak pada Jun 2018.

7. Sebagai penyanyi, Zulin pernah tampil dengan single Terbiar (2017), Keliru (2018) dan Dan Ketika Itu (2018).

8. Menyentuh sisi peribadi, beliau telah disahkan menghidap penyakit cyst pada Disember 2017 iaitu selepas sering mengalami tanda-tanda sakit perut dan cirit-birit.

9. Pada Mac 2018, dalam beberapa siri kiriman di Twitter, Zulin mendedahkan sejarah hitam pada zaman kanak-kanaknya di mana beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri.

10. Zulin mempunyai seorang anak angkat, Puteri Eryna Amanda yang juga merupakan anak kepada pembantu peribadinya.

   

Baca: 10 Fakta Zulin Aziz Yang Ramai Tak Tahu!

Foto

biodata zulin aziz penyanyi lagu dan ketika itu 2

biodata zulin aziz penyanyi lagu dan ketika itu 3

biodata zulin aziz penyanyi lagu dan ketika itu 4

biodata zulin aziz penyanyi lagu dan ketika itu 5

biodata zulin aziz penyanyi lagu dan ketika itu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Sinar Harian

4. Instagram Zulin Aziz




Hakcipta iluminasi.com (2017)