Biodata

Nama penuh: Hafreez Adam Aizat bin Zahalan

Nama popular: Hafreez Adam

Tarikh lahir: 10 Jun 1990

Umur: 28 tahun (2018)

Kelahiran: Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @hafreezadam

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.77 meter.

2. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Mempunyai seorang kakak, seorang adik perempuan dan adik lelaki.

3. Adik perempuannya, Aien Zahalan juga merupakan pelakon.

4. Meminati bidang muzik, multimedia dan animasi komputer.

5. Pernah bertanding dalam Hero Remaja 2011/12 yang antara lain disertai Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Ben Ali serta Saharul Ridzwan.

6. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

7. Pembabitannya sebagai pelakon mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Bila Hati Berbicara yang turut menampilkan Syafiq Kyle dan Atikah Suhaime. Hafreez membawakan watak sebagai Badri Fathul dalam drama adaptasi novel yang bersiaran di Slot Akasia, saluran TV3 itu.

8. Antara drama lain dilakonkannya seperti Lembuku Ben, Kisah Cinta, Hati Perempuan, Tersuka Tanpa Sengaja, Akadku Yang Terakhir, Shh! I Love You, Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Monalisa, Pencuri Cinta Kelas Satu dan Raisha 2.

9. Pembabitan dalam telefilem pula menerusi Berkalung Rahmah, Seteguh Kasih Ibunda, Kakak, Talak, Annyeong Aidilfitri, Ini Jalan Kita, Abang Haji, Isteriku Ms Sally, Tersuka Tanpa Sengaja Raya dan Cinta Cheese Cake Leleh.

10. Pernah membintangi filem Qadr, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi dan Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Termasuk teater Zombie La La La pada tahun 2016.

11. Merangkul trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28.

12. Memiliki bakat dalam seni grafik dan fotografi.

13. Dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Zara Zya pada April 2018 walaupun usia yang agak jauh berbeza. Sebelum itu, beliau menafikan dakwaan intim dengan aktres Afifah Nasir sewaktu sama-sama menjayakan drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.

Foto

biodata hafreez adam pelakon drama raisha 2 2

biodata hafreez adam pelakon drama raisha 2 3

biodata hafreez adam pelakon drama raisha 2 4

biodata hafreez adam pelakon drama raisha 2 5

biodata hafreez adam pelakon drama raisha 2 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online

4. Instagram Hafreez Adam




Hakcipta iluminasi.com (2017)