Kredit foto: Instagram @yusuf_bahrin

   

Watak Dr. Amar, rakan Qash (lakonan Ben Amir) dalam drama bersiri Sweet Dreams, memberi impak besar kepada pendukung peranan itu iaitu pelakon Yusuf Bahrin.

Jom kenali dengan lebih dekat pendatang baharu yang memegang karakter digemari ramai dalam karya popular ini.

   

Biodata

1. Kelahiran Shah Alam, Selangor pada 8 Jun 1992. Kini berusia 27 tahun.

2. Anak sulung dalam keluarga. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

3. Bapanya bernama Bahrin Tahir, manakala ibunya, Hanita Ajis.

4. Ramai yang baru menyedari kehadiran Yusuf sebagai pelakon walaupun sebelum ini beliau sudah membintangi lima lagi drama dengan hanya memainkan peranan tambahan, iaitu menerusi Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama.

5. Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan 'barbershop' di negeri Melaka selama tempoh dua tahun. Selain itu, beliau bekerja secara separuh masa sebagai jururunding kewangan.

6. Kehadiran Yusuf menyertai lapangan seni lakon adalah selepas rakannya yang terbabit dalam bidang ini memberi dorongan, selain keputusan tersebut disambut baik ahli keluarganya.

7. Kini bergelar artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

8. Rupa parasnya dikatakan mempunyai iras aktor Aeril Zafrel.

9. Meletakkan pelakon Faizal Hussein sebagai hero pilihan kerana menganggap aktor itu berkarisma dan 'versatile', selain memiliki aura sebagai Hero Malaya meskipun sudah lama bertapak dalam dunia seni.

   

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Penyanyi Zizi Kirana, Isteri Pelakon Yusuf Bahrin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: "Kalau Nak Tahu.." - Selepas Kahwin Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dedah Rahsia!

Baca: 10 Fakta Pelakon Yusuf Bahrin, Suami Zizi Kirana Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Zizi Kirana

    

Foto

yusuf bahrin drama sweet dreams

biodata pelakon yusuf bahrin

biodata pelakon sweet dreams 279

latar belakang pelakon yusuf bahrin

drama sweet dreams 859

Kredit foto: Instagram @yusuf_bahrin

    

Sumber: Astro Gempak

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)