Kredit foto: Instagram Nynaa Harizal

   

Pelakon Nynaa Harizal merupakan antara peserta Top 12 atau finalis Dewi Remaja edisi 2019.

Beliau berjaya melepasi saringan Top 20, sekaligus meraih peluang mendepani persaingan dalam merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Jangan lepaskan peluang mengikuti kehidupan para dewi menerusi saluran Astro Ria mulai 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Hanynaa binti Harizal.

2. Menggunakan nama komersial, Nynaa Harizal.

3. Kelahiran Ampang, Selangor pada 21 Oktober 1996. Kini berusia 23 tahun.

4. Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

5. Berketinggian 165 meter.

6. Berkelulusan Ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan daripada Universiti Kolej KDU.

7. Merupakan pelakon, model dan pengacara yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

8. Antara drama dibintanginya seperti Hero Seorang Cinderella, Kekasih Paksa Rela, Terkoyak Langit Cinta, Kembalikan Sinarnya, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Cinta Tanpa Henti.

9. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Mak dan Town Mall.

10. Laman sosial Instagramnya, @nynaaharizal_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 93,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Menceburkan diri dalam dunia peragaan sejak berusia 10 tahun yang mana wajahnya kerap menghiasi bahagian fesyen dalam majalah, selain membintangi iklan komersial televisyen.
  • Kini beliau membabitkan diri dalam bidang lakonan sebagai aktres.
  • Hobinya menunggang kuda dan bermain piano.

   

Foto

nynaa harizal 38

dewi remaja 2019 149

nynaa harizal dewi remaja 2019 293

peserta dewi remaja 2019 414

nynaa harizal instagram

finalis dewi remaja 2019 177

Kredit foto: Instagram Nynaa Harizal

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Nynaa Harizal & Syamira Izzati

   

Sumber:

1. Profil Nynaa Harizal

2. Wikipedia Nynaa Harizal

3. Peserta Underdog VS Peserta Popular, Adakah Mempengaruhi Pemilihan Top 12?

4. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)