Kredit foto: Instagram Tash Yong

    

Siapa Tash Yong? Beliau merupakan antara pelakon dalam drama bersiri, Awak Sangat Nakal diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat, lakonan bersama Ika Nabella (Ika Nabila), Hefny Sahad, Afiq Muiz, Erry Putra, Syaffiq Sahli, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Baca info lanjut mengenai drama Awak Sangat Nakal menerusi pautan: Info Dan Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal (Slot Tiara)

Lagi biodata lanjut Tash Yong dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia binti Rosli.
  • Menggunakan nama komersial, Tash Yong.
  • Berumur 30 tahun.
  • Kelahiran Kangar, Perlis pada 17 November 1990.
  • Membesar di Cheras, Kuala Lumpur.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Anak kepada pasangan Rosli Md Kasa atau Rosli Selasih (bapa) yang juga seorang komposer ternama dan Rozalini Mat Ghani (ibu).
  • Berdarah campuran Melayu dan Siam yang mana bapanya berketurunan Melayu, manakala ibunya pula berketurunan Siam.
  • Berkelulusan Diploma Teater daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Bergelar pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
  • Antara drama dibintanginya seperti Cinta Ibadah, Menantu Ting Tong, Memori Cinta Suraya, Awak Sangat Nakal, Shhh... I Love You, Raisha dan Lelakimu Yang Dulu.
  • Termasuk telefilem Kerana Anggun, Hanya Aku dan Menantu Second Class.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Kastil Tua, Hero: Jangan Bikin Panas dan Jodoh Syaitan.
  • Pembabitannya dalam teater menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang dan Chow Kit Road.
  • Merakamkan single pertama yang berjudul 'Lepas' ciptaan sepenuhnya oleh komposer baru, Zah Amirul yang diterbitkan pada Februari 2020.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @tash_yong sehingga kini mencatatkan lebih 125,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Anak sulung dari lapan orang adik-beradik.
  • Juga dikenali dengan nama Tash Shazleya.
  • Karier lakonannnya bermula selepas mengambil bahagian dalam pementasan teater Chow Kit Road di Panggung Sari, Istana Budaya pada 2013.
  • Terlibat dalam Guardian Women Empowerment Programme anjuran Guardian Malaysia, yang antara lain turut disertai pelakon Sazzy Falak.
  • Kerjayanya mendapat sokongan penuh daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai Tash Yong Squad (TYS).

   

Foto

pelakon tash yong 979

tash yong ig

tash yong drama

anak rosli selasih

tash yong

awak sangat nakal

tash yong umur

tash yong wikipedia

Kredit foto: Instagram Tash Yong

   

Video

Kredit video: Tash Yong - Lepas (Official Lyric Video)

    

Sumber:

1. Usaha kumpul peminat

2. Tidak bersandar populariti bapa

3. 'Saya rasa seperti ditindas'

4. Wikipedia Tash Yong

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)