Kredit foto: Instagram Fify Azmi

   

Pelakon baharu, Fify Azmi antara yang berjaya membuka mata ramai menerusi persembahan lakonannya dalam filem Wira yang menemui penonton sejak 21 November.

Rata-rata penonton menzahirkan respon positif sewaktu tayangan media dan malam gala filem aksi berkenaan baru-baru ini.

Sebelum ini, namanya agak terpencil daripada pengetahuan khalayak kerana hanya menjayakan peranan kecil dalam drama mahupun filem. Wira bagaimanapun merupakan penampilan pertamanya sebagai karakter utama.

Antara lain, filem arahan Adrian Teh itu dibintangi Hairul Azreen, Zizan Razak, Dain Said, Yayan Ruhain, Ismi Melinda, Josiah Hogan, Henley Hii dan ramai lagi.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nur Afiqah binti Mohamed Azmi. Dikenali umum dengan nama komersialnya, Fify Azmi.

2. Lahir pada 10 April 1990 di Subang Jaya, Selangor. Juga menetap di Subang Jaya.

3. Kini berusia 29 tahun.

4. Menempa populariti selepas bergelar finalis program Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Puteri Aishah, Mimi Lana dan Syamim Farid.

5. Namanya meningkat naik menerusi aplikasi media sosial, Keek.

6. Pernah menyertai beberapa program televisyen popular seperti Fear Factor, Juara Joran dan GM2.

   

Fakta Menarik

  • Mempunyai seorang kembar yang juga seorang selebriti iaitu Khalie Azmi.
  • Berbakat dalam bidang lakonan dan peragaan, selain berkebolehan bermain futsal.
  • Menganggap dirinya menimba pelbagai pengalaman sewaktu menyertai Dewi Remaja di mana beliau banyak belajar tentang teknik solekan, termasuk cara berjalan dengan betul.

   

Foto

fify azmi dewi remaja

kembar fify azmi

fifi azmi

adik beradik fify azmi

fify azmi ig

fify azmi

Kredit foto: Instagram Fify Azmi

   

Sumber:

1. Fresh Face 2018: Fify Azmi

2. “Watak Utama Tak Mudah..” Finalis Dewi Remaja 2014/15, Fify Azmi Kini Heroin Filem Aksi

3. Aksi Maksimum, Fify Azmi Curi Tumpuan Dalam Filem Wira

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)