Kredit foto: Instagram Naqi Nasri

   

Siapa Naqi Nasri? Mohd Naqiuddin Nasri atau nama popularnya, Naqi Nasri merupakan salah seorang pelakon dalam drama bersiri terbaharu berjudul Bila Cupid Jatuh Cinta.

Antara lain drama siaran TV3 ini menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Oktovia Manrose, Bella Dowanna, Ikmal Amry, Sharifah Husna, Wanna Ali, Zalfa Zin, Jasper Supayah dan ramai lagi.

Untuk info lanjut mengenai Bila Cupid Jatuh Cinta, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Drama Bila Cupid Jatuh Cinta.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Mohd Naqiuddin Nasri.
  • Menggunakan nama komersial, Naqi Nasri.
  • Berumur 22 tahun (2020).
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur. Keluarganya menetap di Batu Pahat, Johor.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan pelakon yang mula aktif sejak tahun 2018.
  • Melonjak naik selepas dia dan rakan duetnya, Ayuni atau Nur Ayuni Sapuan memenangi pertandingan realiti nyanyian, Lagu Cinta Kita siaran TV3 yang membawa kepada kemenangan wang tunai berjumlah RM50,000 berserta kontrak bersama Media Prima Berhad (MPB). 
  • Antara pencapaian lain termasuk penyertaan dalam pertandingan nyanyian seperti International Robotic and English Olympiac: Singing Competition dan Bintang Muzik Johor 2017 serta Festival Konvokesyen UTHM yang turut meletakkannya sebagai juara dalam dua pertandingan terbabit.
  • Namanya diperkenalkan dalam dunia muzik menerusi single pengenalan yang berjudul Semua Itu Dusta ciptaan January dan Bintang.
  • Dalam bidang lakonan, beliau membintangi siri televisyen Bila Cupid Jatuh Cinta dengan membawa watak sebagai Sam.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @naqinasri sehingga kini mencatatkan lebih 73,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Memulakan karier nyanyian menerusi aplikasi Smule dan YouTube pada 2016.
  • Mendapat peluang menjadi artis rakaman menerusi kontrak yang diikat bersama syarikat pengurusan Mask Team Music pada 2018.
  • Mengidolakan penyanyi Awie Wings dan Amy Search yang dikagumi bakat nyanyian mereka.
  • Memasang impian untuk merakamkan lagu daripada komposer muda meningkat naik, Ippo Hafiz dan Sirkhan.
  • Mengidam peluang untuk berentap di pentas pertandingan realiti, Big Stage.
  • Pernah mencuba nasib di sesi ujibakat Hero Remaja 2020, namun tidak terpilih sebagai Top 12.
  • Kerjayanya mendapat sokongan kuat daripada kelab peminat yang dinamakan sebagai Geng Naqi Nasri.

   

Foto

naqi nasri

hero remaja 2020 923

lagu naqi nasri

drama naqi nasri

siapa naqi nasri

instagram naqi nasri

umur naqi nasri

profil naqi nasri

pelakon bila cupid jatuh cinta 910

naqi nasri ig

Kredit foto: Instagram Naqi Nasri

    

Video

Kredit video: Naqi Nasri - Semua Itu Dusta (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Impian Naqi tercapai

2. Naqi, Ayuni juara Lagu Cinta Kita

3. Kosmo

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)