Oleh pada 31 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Eyra Rahman membawa arahannya ke sinema drama Melayu dengan "Layang Layang Perkahwinan", yang diangkat ke dalam slot Megadrama di Astro Ria.

Memberikan persembahan lakonan dalam menghidupkan watak, ialah pelakon Shukri Yahaya, Ezzanie Jasny, Keith Foo, Alya Iman, Haidar Hasanudin, Nina Juren, Natasha Elyzza dan beberapa lagi.

         

layang layang perkahwinan episod

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

        

Ia adalah idea asal dan tidak dibuat semula atau diadaptasi daripada drama atau novel sebelumnya.

        

layang layang perkahwinan drama

Kredit foto: Instagram Ezzanie Jasny

        

Sinopsis

Drama yang menyentuh mengenai empayar perniagaan, percintaan dan pergolakan konflik dalam sebuah keluarga yang di sebalik kesempurnaan menyimpan rahsia besar.

Rahsia tersebut, mampukah ia kekal tersembunyi atau sebaliknya?

Siapakah yang patut dipersalahkan apabila berlakunya ketidaksetiaan? Suami, isteri atau pihak ketiga? Dan perlukah membalas curang dengan cara yang serupa?

        

"Layang Layang Perkahwinan" mengisahkan Saida, seorang isteri yang berusaha dengan segala daya untuk menjadi isteri yang sempurna kepada Azim.

Meskipun kebahagiaan terserlah, namun terselindung rahsia yang tidak diketahui. Saida tidak menyedari permainan dan penipuan yang dilakukan Azim terhadapnya.

Adakah mereka mampu mempertahankan imej sempurna mereka, atau rahsia akan terungkap?

Bagaimana pula Saida mendapatkan keberanian untuk mengatasi isu ketidaksetiaan suaminya sekaligus menyelamatkan perkahwinannya?

        

Baca: 10 Fakta Pelakon Shukri Yahaya Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 8 Fakta Biodata Pelakon Ezzanie Jasny Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton!

          

sinopsis layang layang perkahwinan

Terbitan terbaru slot Megadrama, Layang Layang Perkahwinan, menyusul penayangan 'Syurga Itu Bukan Mudah'. Kredit foto: Instagram Mis Aishah

         

Pelakon / Cast

Kolaborasi perdana antara Shukri Yahaya, aktor yang sudah berpengalaman, dengan wajah baharu, iaitu Ezzanie Jasny dalam menjalankan peranan utama.

          

layang layang perkahwinan pelakon

Kredit foto: Instagram Eyra Rahman

        

Peranan watak sampingan dimainkan oleh Keith Foo, Alya Iman, Haidar Hasanudin, Nina Juren, Natasha Elyzza, Aishah Ilias, Zaid Erakad, Lisdawati, Arash Mohd, Aidan Razeen, Nik Rifaie dan Kenji Sawahii.

         

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Azim Hasibullah

Ezzanie Jasny sebagai Saida Amanda

Keith Foo sebagai Ammar

Alya Iman sebagai Tsuraya Lin

Aishah Ilias sebagai Maryam Amani

Haidar Hasanudin sebagai Arjuna

Datin Nina Juren sebagai Laeli Sinatra

Natasha Elyzza sebagai Nur Maya

Arash Mohd sebagai Hasibullah

Lisdawati sebagai Siti Fatimah

Kenji Sawahii sebagai Latiff

Aidan Razeen sebagai Atheer

Zaid Erakad sebagai Fatih

Nik Rifaie sebagai Zack

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Di bawah bimbingan pengarah Eyra Rahman, produksi ini dibawa oleh iFame (iFabulous Art Media & Event) dengan berasaskan kepada skrip yang digarap oleh penulis, Oka Aurora.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Haruskah (Kubalas semua) - Afida | OST Series Layang Layang Perkahwinan

        

Tajuk: Haruskah (Kubalas Semua)

Penyanyi: Afida

Penulis: Gio Wibowo

        

Tajuk: Kembali Terang

Penyanyi: Marsha Milan Londoh

Komposer: Senna, Ajin

Penulis lirik: Senna

         

Waktu Siaran

Bakal mencuri perhatian peminat drama, tayangan baru ini akan mula bersiaran pada 8 Januari 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Megadrama, saluran Astro Ria (104).

Akan berlangsung selama 28 episod yang melanda kaca televisyen dan turut dapat diakses di aplikasi Astro Go, Sooka serta platform On Demand melalui Astro Box.

        

Tajuk cerita? Layang Layang Perkahwinan

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis (Bermula tarikh 8 Januari 2024)

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

           




Hakcipta iluminasi.com (2017)