Kredit foto: Instagram Sabhi Saddi

    

Sabhi Saddi merupakan antara anggota kumpulan One Nation Emcees yang berasal dari Sandakan, Sabah dan turut dikenali sebagai seorang aktor.

One Nation Emcess yang kini antara peserta program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) antara lain dibarisi Mimi Fly, Jojo Fly dan Kozae.

   

Biodata Sabhi Saddi

1. Kelahiran Sandakan, Sabah pada 4 September 1984. Berusia 35 tahun.

2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

3. Berkecimpung dalam bidang seni sebagai penyanyi dan pelakon sejak tahun 2003.

4. Menganggotai kumpulan hip hop, Esdco seawal kemunculannya dalam dunia hiburan dengan menggunakan nama pentas, Boy, yang mana turut disertai rakan seperjuangannya, Adam (AF) dan Ejarn.

5. Nama Esdco melonjak naik selepas pembabitan Adam dalam program realiti, Akademi Fantasia musim kedua (AF2). Esdco terbit dengan single sulung berjudul Sayang Giler, sebelum perlahan-lahan berkubur dek kerana kurang mendapat perhatian.

6. Kesibukan anggota Esdco lain memaksa Sabhi bergerak secara solo dengan menggunakan nama pentas baharu - 'Sabhi Saddi'. Sabhi yang tampil dengan album solo pada tahun 2010 dengan mempertaruhkan genre R&B, popular menerusi rangkaian lagu hits seperti Nadiku, Cinta Sesungguhnya (duet bersama Marsha), Waktu, Tiada Lagi Cinta, Percuma dan Setia Menunggumu.

7. Beliau diiktiraf di Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 apabila menerima pencalonan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) bersama Bemby Noor dan Artis Terbaik (Lelaki).

8. Tidak hanya terlibat dalam bidang seni suara, beliau juga dikenali sebagai pelakon yang menjayakan drama di kaca televisyen.

9. Antara drama dibintanginya seperti Lalong, Antara Cinta Laut China Selatan, Puteri Gunung Ledang, Biar Aku Jadi Penunggu, Andainya Takdir, Awak Suka Saya Tak dan Terbaik Dari Ku. Termasuk telefilem Walau Air Mata Darah, Aku Ada Wali, Seutas Gelang Emas, Isteriku Cikguku, Antara Capati Dan Belacan dan banyak lagi.

10. Mendirikan rumah tangga pada 17 Julai 2012 dengan Rosi Aswani Abdul Razak, gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan dan sehingga kini pasangan tersebut dianugerahkan tiga orang cahaya mata.

   

Fakta Menarik

  • Sabhi yang berkebolehan menari, pernah menjadi penari pengiring kepada Adam AF selama beberapa tahun.
  • Pernah menjadi ahli kumpulan One Nation Emcees pada 2010 bagi menggantikan tempat Kozae yang ketika itu berdepan masalah kesihatan. Beliau kembali menganggotai kumpulan berkenaan bersempena penglibatan mereka dalam pertandingan realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6).
  • Merupakan abang kepada FareedPF, anggota kumpulan hip hop ternama, K-Clique.

   

Foto

sabhi saddi muda 290

esdco 283

sabhi saddi 449

isteri sabhi saddi

sabhi saddi one nation emcees 157

instagram sabhi saddi

adik sabhi saddi

wikipedia sabhi saddi

biodata one nation emcees 39

Kredit foto: Instagram Sabhi Saddi

    

Video

Kredit video: Nadiku Sabhi Saddi

   

Sumber:

1. Wikipedia Sabhi Saddi

2. Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees

3. Ramai Tak Tahu Sabhi, Fareed Adik-Beradik

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)