Biodata

1. Nama sebenarnya, Syarizad binti Ibrahim. Popular sebagai Sherry Ibrahim.

2. Lahir pada 3 April 1983 di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kini berusia 36 tahun.

3. Berketinggian 1.62 meter.

4. Anak kepada pasangan Ibrahim Yaacob (bapa) dan Norliza Maamun (ibu).

5. Anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Dua adiknya bernama Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim.

6. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur.

7. Pernah berkhidmat di awan biru pada 2001 sebagai pramugari penerbangan di syarikat penerbangan, Malaysia Airlines (MAS) sebelum berhenti sejurus kontraknya tamat pada 2006.

8. Langkah sebagai anak seni bermula sejak 2006.

9. Mencipta nama sebagai pelakon, penyanyi, model dan pengacara.

10. Ketika melonjak naik, beliau kembali melaksanakan tanggungjawab sebagai pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar pada 2010 hingga kontrak itu berakhir pada 2012.

11. Muncul dalam filem Maut dan Kapoww.

12. Pembabitannya di layar kaca, antaranya menerusi drama Dunia Baru, Renjis, Lara Rindu Mahsuri, Chapalrela, Setia Hujung Nyawa, Pengancam Perkahwinan, Projek Memikat Suami, Cinta Ibadah, Keluarga Karaoke, Gerak Khas, Bahagia Bukan Bidaan dan terbaru, Encik Imam Ekspres.

13. Tidak ketinggalan, telefilem Mimi Tapau, Janji Qasidah dan Manisnya Bulan Madu.

14. Bereksperimen melangkah jauh dengan mengambil peluang mengembangkan bakat seninya sebagai penyanyi menerusi penerbitan single Hero Untukmu (duet bersama Fattah Amin dan RJ) dan Seikhlas Cinta.

15. Juga bertapak dalam industri sebagai model kepada beberapa iklan jenama popular seperti McDonald's, Celcom Axiata, Malaysia Tourism, HSBC, Telekom Malaysia, Astro dan banyak lagi.

16. Pernah dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Ashraf Muslim yang begitupun hanya berkekalan sehingga 2009, diikuti hubungan dengan Fattah Amin sehingga 2016.

Foto

biodata sherry ibrahim pelakon drama encik imam ekspres 2

biodata sherry ibrahim pelakon drama encik imam ekspres 3

biodata sherry ibrahim pelakon drama encik imam ekspres 4

biodata sherry ibrahim pelakon drama encik imam ekspres 5

biodata sherry ibrahim pelakon drama encik imam ekspres 6

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

Video

Kredit video: Youtube Astro Awani

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)