Kredit foto: Instagram @amarbaharin

     

Biodata

1. Nama penuhnya, Amar bin Mohd Baharin.

2. Dikenali sebagai Amar Baharin.

3. Kelahiran Kajang, Selangor pada 1 Julai 1985.

4. Berusia 34 tahun.

5. Berdarah campuran Arab, Thai dan Melayu.

6. Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

7. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan.

8. Berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

9. Pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

10. Bakatnya dikesan daripada program pencarian bakat lakonan terbitan Astro, Anak Wayang pada April 2009 yang antara lain melahirkan pelakon Dayana Roza, Feeya Iskandar, Afzan A. Rahman dan Lan Siro.

11. Antara drama dibintanginya seperti Sofea Zahra, Kau Dan Aku, Khurafat The Series, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tersuka Tanpa Sengaja, Cinta Di Langit Cardiff dan Kalis Kasih.

12. Termasuk telefilem Ekspress Dania, Anugerah Dendam Yang Terindah, Aku Bukan Malaikat, Bebaskan Anak Kita, Pentas Haiwan, Janin dan banyak lagi.

13. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Tanda Putera pada tahun 2013, di bawah arahan Shuhaimi Baba.

14. Juga pernah membintangi pementasan teater Akulah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Zombie LaLaLa.

15. Berkahwin dengan pelakon Amyra Rosli pada 11 November 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada September 2016. Mereka menyambut cahaya mata lelaki bernama Aqeef Anaqi Amar pada 15 Oktober 2017.

    

Foto

biodata dan latar belakang pelakon amar baharin 2

biodata dan latar belakang pelakon amar baharin 3

biodata dan latar belakang pelakon amar baharin 4

biodata dan latar belakang pelakon amar baharin 5

biodata dan latar belakang pelakon amar baharin 6

Kredit foto: Instagram @amarbaharin

       

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Mstar

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)