Oleh pada 31 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

Slot Tiara, yang sebelum ini dikenali dengan drama hit Hijrah Jannah, kini menyajikan drama baharu, 'Bukan Cinta Sempurna,' adaptasi daripada siri Colombia iaitu 'Cafe con aroma de mujer' (The Scent of Passion) yang akan menghiburkan penonton mulai 31 Julai 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Ria.

          

bukan cinta sempurna drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Sinopsis

Tuan Budi, pemilik sebuah ladang, baru sahaja meninggal dunia. Sebagai membalas jasa atas bantuan, Qistina dan ibunya diberi hadiah oleh Tuan Budi berupa bidang tanah.

Qistina, gadis miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman, bersama ibunya ini, akhirnya jatuh cinta pada Luqman. Namun, kematian Tuan Budi menyebabkan Aniq menjadi tamak dan rakus kuasa.

Fitnah yang dilemparkan oleh Aniq dan keluarga kaya Luqman terhadap Qistina akan mengubah haluan kisah cintanya bersama Luqman yang penuh dengan kesulitan dan kesedihan, kerana mereka berasal dari dunia yang berbeza.

                

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Fadlan Hazim

        

bukan cinta sempurna episode

Kredit foto: Instagram Fadlan Hazim

        

Pelakon / Cast

Pelakon utama dalam Bukan Cinta Sempurna ialah Fadlan Hazim, Ayda Jebat dan Amar Baharin, sementara karya ini juga diwarnai dengan kehadiran pelakon-pelakon berbakat seperti Shah Iskandar, Hanna Aqeela, Neera Azizi, Husna Mustaffa, Alif Hadi, Emelda Rosemila, Yasmin Hani, Ziela Jalil, Adam Malek, Lan Siro, Qistina Khaled, Saidah Kamarudin, Shah Rezza, Syahir Shafein, Danial Dashuki dan Nick Naim.

                

Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Luqman

Ayda Jebat sebagai Qistina

Amar Baharin Ziyan

Shah Iskandar sebagai Aniq

Neera Azizi sebagai Marina

Alif Hadi sebagai Benjamin

Qistina Khaled sebagai Diana

Saidah Kamarudin sebagai Nadia

Syahir Shafein sebagai Badrul

         

cafe con aroma

Kredit foto: Instagram Shah Iskandar

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd, diarahkan oleh Azri Izhar dan MP Roslin MD Sharif, dan pengarang skripnya adalah The Playwrights Team: Eenaz Mokhtar, Nina Ithnain, Peet Mokhtar, Aliya Mcreynolds dan Ayuni Zamani.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Bukan Wanita Sempurna

        

Tajuk: Bukan Wanita Sempurna

Penyanyi: Ayda Jebat x Meet Uncle Hussain

Komposer: Mohariz Yaakup, Ayda Jebat, Taja Mustapha

Penulis lirik: Ayda Jebat

         

sinopsis bukan cinta sempurna

Bukan Cinta Sempurna, sebuah karya bukan adaptasi novel. Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

         

Waktu Siaran

Drama bersiri selama satu jam terdiri daripada 50 episod ini akan ditayangkan di slot Tiara, Astro Ria (saluran 104) bermula 31 Julai 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang.

Bagi kemudahan menonton yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh ditonton secara streaming melalui aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand.

       

Tajuk cerita? Bukan Cinta Sempurna

Berapa episod? 50 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go, Sooka dan On Demand

       

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)