Kredit foto: Instagram @erwin_dawson

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson.

2. Kelahiran Bukit Panjang, Singapura pada 11 Mei 1989.

3. Berusia 30 tahun.

4. Berdarah kacukan Melayu dan New Zealand.

5. Merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara.

6. Mula menceburi dunia seni sejak tahun 2009.

7. Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Cinta Kura Kura, Warna Cinta Impian, Bisik Pada Langit, Dubai My Love dan Pulang.

8. Di kaca televisyen, dalam drama Pesona Kasih, Di Luar Garisan, 9 Nyawa, Syurga Nur, Bencinta, Isteri Separuh Masa, Dunia Generasi Baru, Jodoh Sebelah Pintu, Hajah Heathrow, Imam Mudaku Romantik, Tanah Kubur musim 15 (Episod: Culas Solat), Miss Kapten Cikgu Waiz, Tiada Arah Jodoh Kita, Nafas, Sesegar Nailofar, Mimpi Sabrina dan 30 Pesanan Suara.

9. Juga telefilem Sekilas Cinta, Aku Tunggu Kau Ni dan Fasiq.

10. Dalam bidang pengacaraan, beliau mengemudikan program bual bicara pagi, Feel Good Show di saluran NTV7.

11. Dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Julia Farhana Marin.

         

Fakta Menarik

  • Di zaman kanak-kanak, Erwin pernah bertubuh gempal sebelum berubah mendadak menjadi kurus sejak usia 15 tahun.
  • Kerjayanya di Malaysia berkembang selepas tawaran watak dalam filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Erwin yang menggunakan akaun Instagram atas nama @erwin_dawson itu telah mengumpulkan lebih 120,000 pengikut.
  • Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
  • Berkebolehan meniru suara pelbagai watak dalam drama, filem mahupun kartun seperti Arnold Schwarzenegger, Spongebob Squarepants termasuk karakter animasi Doraemon.
  • Mempunyai sedikit gangguan obsesif kompulsif (OCD).
  • Sangat mementingkan soal penampilan diri.

Foto

biodata erwin dawson pelakon drama 30 pesanan suara 2

biodata erwin dawson pelakon drama 30 pesanan suara 3

biodata erwin dawson pelakon drama 30 pesanan suara 4

biodata erwin dawson pelakon drama 30 pesanan suara 5

biodata erwin dawson pelakon drama 30 pesanan suara 6

Kredit foto: Instagram @erwin_dawson

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan [1, 2]

3. BH Online

4. Harian Metro [1, 2, 3]




Hakcipta iluminasi.com (2017)