Oleh pada 01 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Slot Megadrama kini akan menyajikan drama "Dedaun Hijau Di Angin Lalu" sebagai siri pengganti bagi "Cinta Untuk Sekali Lagi".

Harissa Adlynn Halim bersama bintang Redza Rosli, bergabung dalam adaptasi novel karya Manaf Hamzah ini, membawa pengalaman dramatik yang eksklusif untuk penonton Astro.

Mengisahkan seorang gadis muda yang terpaksa menikahi doktor kaya setelah difitnah dan dalam perkahwinan yang tidak diingini, dia berjuang membuktikan cinta sejatinya.

       

dedaun hijau di angin lalu pelakon

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Sinopsis

Banyak dugaan yang telah dilalui oleh Intan. Namun, dia meyakini setiap dugaan yang muncul hanyalah seketika. Intan nekad untuk meninggalkan kehidupan yang penuh kesengsaraan. Pertemuannya dengan Assad mungkin menjadi jalan menuju kebahagiaan yang dicari.

Mengisahkan tentang Intan Samad, seorang gadis muda yang terpaksa menjalani kehidupan penuh derita. Dilahirkan di sebuah pulau terpencil dalam keadaan yang penuh misteri, dia sering dicemuh oleh penduduk kampung sebagai anak luar nikah. Namun, Intan tetap cekal, berusaha mempertahankan akhlaknya yang mulia.

Intan yang mendambakan kasih sayang semakin diuji kehidupannya apabila dipaksa berkahwin dengan seorang pemuda daripada keluarga berada yang bekerja sebagai doktor, akibat salah faham.

Kerana fitnah dan paksaan, mereka terikat dalam perkahwinan yang tidak diingini.

Namun, Assad meragui niat Intan, menganggapnya hanya layak diperlakukan seperti pembantu rumah.

Walaupun naif, Intan tetap setia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dengan penuh kesabaran, dia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepada suami dan perlahan-lahan perasaan cintanya mula tumbuh.

       

Baca: 10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Astro Ria)

Baca: 8 Fakta Biodata Jazmy Juma (Hero Remaja), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Biodata Arfie Shah (Adwafri Shah), Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla (Slot Akasia TV3)

        

dedaun hijau di angin lalu sinopsis

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Pelakon / Cast

Redza Rosli dan Harissa Adlynn Halim mengambil peranan utama dalam drama ini, didukung oleh lakonan mantap Saidah Kamarudin, Faye Kusairi, Razman Mahayuddin, Wanns Ahmad, Idzham Ismail, Mikael Noah, Aleza Shadan dan Esma Dainal.

        

Watak Pelakon

Harissa Adlynn Halim sebagai Intan Samad

Redza Rosli sebagai Assad Effendi

Saidah Kamarudin sebagai Rubiah

Razman Mahayuddin sebagai Suratman

Faye Kusairi sebagai Jamaliah / Kak Lia

Kael Noah sebagai Ismadi

Aleza Shadan sebagai Marina

Esma Dainal sebagai Khairuddin

       

dedaun hijau di angin lalu astro

Kredit foto: Instagram Astro Malaysia

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ditangani oleh pengarah Jamal Khan, Wan Mahani Wan Hassan diangkat sebagai penulis skrip, sementara SR One Sdn Bhd menerbitkan rancangan itu.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Dedaun Hijau Di Angin Lalu) Keka Nizam - Adakah Kau Pasti [Official Music Video]

       

Tajuk: Adakah Kau Pasti

Penyanyi: Keka Nizam

Komposer: Ippo Hafiz

Penulis lirik: Ippo Hafiz

      

Tajuk: Semua Tentangmu

Penyanyi: Sufian Suhaimi

Komposer: Jawa Suki

Penulis lirik: M.A.O

       

dedaun hijau di angin lalu episod

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Saksikan 45 episod "Dedaun Hijau Di Angin Lalu" di skrin kaca tv bermula 1 Julai 2024, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria.

Bagi penonton yang mencari pilihan fleksibel, mereka boleh menikmati kandungan ini menerusi perkhidmatan penstriman Astro Go dan Sooka.

       

Tajuk cerita? Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Berapa episod? 45 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

       

Kredit video: Dedaun Hijau Di Angin Lalu (Trailer)

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)